Assalamualaikum w.b.t semua teman-teman...
Mesti ramai yang keluar berjalan-jalan hari ini kan..
Untunglah kamu semua, saya ni plak lebih suka habiskan masa kat rumah saja..
Walaupun ramai anggap kehidupan saya seperti membosankan tapi
sebenarnya tidak.. Saya nak luangkan masa bujang saya sepuasnya dengan family
sebab bila dah kahwin tentunya fokus saya akan lebih pada isteri...
(bajet macam tak lama lagi ja nak kahwin) hahaha...
Awak, saya tak pernah menyesal memilih awak dan saya tak akan
merasa sia-sia menunggu awak.. Awak yang terindah buat saya..
Setiap waktu bersama awak, sedikit pun saya tak pernah berasa bosan
malah buat saya makin bahagia sangat...
Saya tidak kisah walau apa sekali pun awak mahu berkata tentang saya..
Saya akui itu semua sejarah silam saya.. Memang pada waktu itu saya tidak matang..
Tapi disebabkan semua itu juga mengajar saya erti kehidupan..
Setiap pengalaman lalu telah mendewasakan saya tentang hidup ini..
Saya yakin sangat.. Awak mampu jadi isteri yang solehah buat saya..
Saya yakin awak akan jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya..
Mungkin awak fikir jauh betul saya ni cerita.. Sebenarnya kita perlu merancang
dari awal jika mahukan yang terbaik untuk masa depan kan..
:-) just keep smile ye awak .. hehe
p/s : YA ALLAH, YA RAHMAN YA RAHIM HANYA PADA-MU HAMBAMU INI
MEMOHON PERTOLONGAN..
TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU YANG SATU YA ALLAH....
TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU YANG SATU YA ALLAH....
No comments:
Post a Comment