Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Monday, November 18, 2013

MiMpI yAnG iNdAh !!!



Assalamualaikum semua...
Hari ini sungguh indah sekali cuaca...
Begitu juga dengan diri ku ini terasa begitu gembira sangat...
Korang semua sihat ? Hope semua dalam keadaan sihat sahaja..
Kalau ada yang sakit-sakit tu boleh pegi klinik ambil ubat...
Jangan nak ''bajet'' kuat jew tak nak makan ubat...
(^_^)


Semalam saya mimpi sesuatu yang tiada apa mampu saya ungkapkan...
Terasa gembira dan bahagia sangat apabila mimpi itu hadir dalam lena ku..
Ini bukan cerita encik mimpi okey... hihihi (jap lagi kita dengar lagu encik mimpi) ..
Dirimu hadir dalam mimpiku pun sudah begitu bermakna sekali bagi aku..
Terubat rasa rindu aku akan dirimu buat seketika...


Hati ku ini setia untuk diri mu..
Menanti akan hadir mu siang dan malam..
Agar dapat aku bertemu dengan kamu..
Tidak kira berapa lama sekali masa yang diambil...
Aku setia menantikan kamu...
Aku ikhlas menyayangi diri mu...
Aku tulus mencintai kamu..
Hati ku ini milik kamu hingga akhir hayat ku...


JOM KITA LAYAN LAGU ENCIK MIMPI - RINDUKANLAH






Friday, November 15, 2013

SaYaNg... AbANg Ada UnTuK cYg !!!


Assalamualaikum awak...

Macam mana awak sekarang ? Mesti tengah tersenyum ceria saja waktu buka blog
saya ni kan.. hihi (^_^) .. aaauuummmm... :p


Awak...
Saya sentiasa ada bersama awak.. Saya sentiasa ada untuk memberi semangat dan
kekuatan untuk awak.. Walau apa sekali pun saya setia menjadi pendengar yang setia
jika awak ingin luahkan apa-apa dengan saya.. ''abg ada dengan cyg.. abg ada dihati cyg..''...


Awak...
Jika awak perlukan saya.. Saya mahu awak tahu saya disini sentiasa menanti awak...
Saya tahu sayang saya ni seorang yang tabah dan kuat...
"cyg... senyum sikit abg nak tgk'' ... haaa kan comel ja awak bila senyum...
Macam itu lah.. Kembang dah dia sekarang.. hihi.. (^_^) ..


Takpa awak.. Nanti saya ada sesuatu nak sarungkan untuk awak..
Sebelum ni awak tanya saya yang saya lupa bawa sesuatu untuk awak..
Nanti jumpa saya pakaikan kat awak taw..











Saturday, November 2, 2013

2013 TaHuN PaLiNg BaHaGiA !!!!


Hari demi hari masa itu berlalu pergi dengan cepat sekali...
Tanpa kita sedar kini kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2013...
Dalam tahun 2013 ini apa yang telah kita lakukan ya?
Mesti ada diantara kita baru tersedar.. Apa aku dah lakukan untuk diri aku..
Untuk keluarga aku.. Untuk orang aku sayang.. Rasanya mesti korang tengah
berkhayal di awan-awan lagi memikirkan... hihihi...


Bagi aku banyak yang aku belajar dan perolehi dalam tahun ini..
Setiap hari yang berlalu itu sememangnya mendewasakan kita..
Tapi adakah semakin kita meningkat dewasa ini akan membuatkan
pemikiran kita juga menjadi semakin matang? Bagi aku bukan usia yang mematangkan
diri kita.. Tapi pengalaman dan perjalanan hidup yang kita lalui itu menjadikan
diri kita semakin matang dan lebih mengerti akan kehidupan...


Tidak kira walau bagaimana sekali keadaan dan perjalanan yang kita lalui...
Sama ada gembira, sedih , bahagia atau duka sememangnya semuanya ini mengajar kita
sesuatu yang kita perlu lakukan untuk menjadikan sesuatu itu lebih indah lagi...


Aku gembira dan bahagia sangat mempunyai keluarga dan insan aku sayang
yang selalu memberi sokongan dan semangat untuk aku lalui perjalanan hidup aku ini...
Mereka semua sumber inspirasi aku untuk aku terus bangkit dari terjatuh dengan
onak liku yang perlu aku hadapi di setiap waktu hidup ku...