Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Wednesday, October 30, 2013

kAmU SeLaLu DiHaTi Ku !!!!


Aku terus berjalan tanpa sedikit rasa lelah dan tidak akan aku
berpatah balik dengan jalan yang sedang aku harungi ini....
Bagi aku mencintaimu tidak sedikit pun akan melunturkan apa-apa
perasaan aku terhadap kamu walau apa sekali rintangan yang terpaksa aku hadapi...


Bukanlah mudah laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi yang dituju...
Kadang-kadang ia datang dengan begitu berat untuk kita tanggung...
Tapi kerana cinta kita hadapi semuanya dengan penuh kesabaran....
Semuanya akan aku hadapi bersama kamu.. Aku akan sentiasa ada untuk kamu....


Awak tahu tak saya suka tengok awak senyum... Senyuman awak itu betul-betul
buat saya rasa tenang sangat... Kadang-kadang bila awak usik saya.. Sesungguhnya
ketika itu saya rasa terlalu bahagia sangat... Awak pandai menjaga hati saya...
Awak baik sangat dengan saya.. Lemah lembut dalam pertuturan dan sentiasa
menghormati saya dalam hidup awak...


Saya gembira dan bahagia sangat awak disamping saya...
Saya akan menjaga dan melindungi awak dengan sedaya upaya kemampuan saya..
Bagi saya awak segalanya dalam hidup saya ini...
Saya mungkin mampu tersenyum dan berjalan...
Tapi awak yang memberi saya kekuatan dan semangat untuk saya hadapi hari-hari saya..
Awak adalah nyawa saya...


Indah sekali saya rasa disaat saya melihat awak disisi saya...
Saya akan lakukan apa sahaja untuk melihat awak bahagia dan gembira...
Kebahagiaan dan kegembiraan awak itu sangat penting dalam hidup saya...


Tiada yang aku mahukan selain menjadi imam di dalam setiap solat mu...
hanya kamu yang aku mahu..
Insan yang aku sayang dan cinta di dalam hidup aku..
SITI AFIFAH BINTI NORDIN




Monday, October 28, 2013

BaHaGiA BeRsAmA kAMu !!!


Cinta itu begitu indah bila dua insan saling memahami dan setia antara satu sama lain...
Tanpa kita menduga dalam setiap perhubungan pasti jua akan diuji dengan pelbagai
ujian.. Kadang-kadang ujian itu datang terlalu berat untuk kita pikul hingga
membuatkan kita menjadi begitu lemah sekali...


Tapi bagi aku setiap dugaan yang mendatang adalah untuk menguji keteguhan
dan ketabahan kita dalam mengharungi onak percintaan.. Setiap ujian itu
mematangkan kita supaya kita dapat memperbaiki salah silap yang kita lakukan...
Aku tabah dan cekal dalam melalui setiap apa sahaja rintangan yang menduga aku...
Bagi aku semua itu hanya sekadar ujian untuk menguji kekuatan cinta aku...
Aku akan lalui semuanya dengan cinta dan sayang aku yang terlalu dalam untuk mu...
Kita sama-sama harungi dan lalui setiap apa ujian yang mendatang ya awak...


Awak selalu tanya saya kenapa saya banyak lebihkan awak dari diri saya ini... Kenapa
saya banyak berkorban macam-macam untuk awak.. Awak juga mesti tak tahu
kenapa saya selalu tersenyum dan lembut tutur kata dalam setiap perbualan kita...
Awak.. Saya terlalu menyayangi dan menyintai awak sepenuh hati saya...
Saya akui memang saya tak mampu menjawab persoalan awak itu... Tapi
percayalah semua yang saya lakukan kerana saya mahu awak bahagia dan gembira...
Saya gembira sangat lihat awak gembira dan bahagia.. Suatu hari nanti semua
persoalan awak itu pasti akan awak temui jawapannya..


Terima kasih awak kerana memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat saya...
Awak terlalu baik sangat dengan saya.. Bagi saya awak segalanya dalam hidup saya..
Awak sangat penting buat saya.. Awak sentiasa dihati saya ini sehingga ke akhir hayat saya..
Terima kasih awak kerana menyayangi dan menyintai saya seadanya saya ini...
Saya akan menjaga dan melindungi awak di setiap detik hidup saya ini..


-AMIR LOVE AFIFAH FOREVER-