Sedar ku akan hadir mu..
Membuka hati yang telah lama membeku dalam diri ku..
Pabila hati mula menyayangi mu..
Indahnya perjalanan hidup ku...
Mimpi ku terlalu mengasyikkan ku...
Lena ku kini makin menghanyutkan ku..
Tika saat terjaga dari tidur ku...
Hanya nama mu bermain di ingatan ku...
Tapi sayang hanya seperti aku yang terlalu mengejar mu..
Adakah hadirku cuma sementara buat mu...
Atau aku masih belum meyakinkan hati mu...
Mungkin jua aku sahaja mengerti perasaan ku terhadap mu..
Setiap kata yang aku ungkap terhadap mu..
Bukan sekadar suatu kepura-puraan ku..
Bahkan tiada niat ku mahu mempermainkan hati mu..
Perasaan terhadap mu jujur dan ikhlas dari hati ku...
Kamu kekasih kamu jua nyawa ku...
Terlalu istimewa diri mu di hati ku...
Ternyata tanpamu tidak lengkap hari ku..
Bersama mu sungguh bahagia hidup ku...
p/s : Aku yakin kisah antara kau dan aku pasti menjadi satu realiti..
Waktu itu semuanya bukan lagi angan di siang hari dan mimpi di malam hari..
Pabila peluang itu tiba, aku pasti akan melakukan yang terbaik untuk menjaga
hubungan yang terbina dan tak akan ku lepaskan semuanya pergi..
Biarlah saya menjadi CINTA TERAKHIR awak kerana saya sedar
saya sudah terlambat untuk menjadi CINTA PERTAMA awak,
tetapi saya tidak pernah terlambat untuk menjadi CINTA TERAKHIR awak... (^_^)



