Assalamualaikum w.b.t. semua kawan-kawan yang tidak jemu
menerjah blog saya.. hehehe...
Hari ni nak cerita pasal hati sikit bole..
(^_^)
Hati memainkan peranan yang amat penting dalam diri
kita semua.. Perkataan hati dalam Al-quran disebut qalb,
iaitu sesuatu yang tidak tetap, berbalik kembali, dan berubah-ubah.
Hati yang bersih adalah orang yang selalu bersangka baik pada orang lain
dan sentiasa memaafkan orang yang telah sakitinya..
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal darah..
Apabila segumpal darah itu baik, maka seluruh jasad menjadi baik..
Namun, apabila segumpal darah itu rosak, maka rosaklah seluruh jasad..
Ketahuilah, sesungguhnya segumpal darah itu adalah hati”..(HR Bukhari)..
Segala-galanya bermula dari hati kita...
Mari semua kita sama-sama muhasabah diri..
Saya doakan anda semua agar sentiasa melakukan setiap perkara
dengan keredhaan allah..
p/s : SESUATU YANG BAIK ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH
DAN YANG BURUK-BURUK ITU ADALAH KESILAPAN DIRI KITA SENDIRI..
No comments:
Post a Comment