Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Thursday, January 10, 2013

kEnApA KiTa Di uJi ???


Salam semua teman-teman... Jam dah pkul 12.30 malam..
Tapi mata ni masih bertahan lagi dari terpejam.. huhuhu..
Disebabkan dah tak tahu nak buat apa jadi saya pun buka blog 
untuk menulis entri baru.. hehehe..


Kamu semua pasti pernah lalui bermacam masalah dan dugaan
yang datang menimpa diri masing-masing kan.. Tipu la kalau kamu cakap
selama hidup didunia tiada masalah yang kamu hadapi..


Cuma yang membezakan kita bagaimana kita menghadapi 
setiap liku-liku permasalahan yang menimpa kita..
Tak semua orang tabah untuk menghadapi setiap cabaran yang
menimpa diri mereka.. 


Jadi disini saya nak berkongsi sedikit bagaimana saya melalui 
setiap dugaan dalam hidup saya.. Memang semua orang lihat saya cekal 
dan mampu bergembira tapi hakikat sebenar hati dan jiwa saya acap kali 
memikirkan permasalahan yang berlaku hingga makan minum saya 
pun dah saya abaikan..


Masalah dan ujian ni sebenarnya datangnya dari allah..
allah merindukan doa hambanya.. allah mahu kita mengingatinya dan
jangan terlalu taksub mengejar duniawi semata... 


Setiap yang berlaku itu bersebab dan ada pengajaran dari 
semua yang terjadi.. Yang peting sekali muhasabah diri dan mohon petunjuk ilahi..
Jangan menyalahkan takdir semata.. Semua itu berlaku mungkin 
datangnya dari kesilapan kita tanpa disedari..
Mari semua teman kita sama-sama cari keredhaan hidup
supaya diberkati kehidupan kita didunia dan mendapat kesenangan diakhirat kelak..
amiinnn..


- ALLAH ITU MAHA ADIL.. ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA
MELEBIHI DARI KEMAMPUAN HAMBANYA ITU.. -
  

No comments: