Assalamualaikum w.b.t. wahai teman-teman ku..
Semua sihat hari ini?? Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat ya..
Saya pun rasa panas ja badan ni tadi tapi sekarang alhamdulillah dah okey sikit !!
Maaf tak bagi tahu awak.. Saya tak nak susahkan hati awak.. :-)
Entry kali ni nak cerita sikit tentang kebahagiaan didunia..
Bila cakap pasal bahagia didunia mesti semua akan cakap...
Hidup ini akan bahagia kalau :
# ada kereta mewah ..
# ada rumah banglo dan mesti ada swimming pool..
# boleh shopping setiap hari .. <-- ni khas untuk girl.. :-)
# ada enset canggih paling low-class pun blackberry ..
# dapat melancong ke negara omputih.. :-)
Kebanyakkan orang menganggap bahawa itu lah yang di katakan
hidup bahagia.. errmm.. Ye ke begitu ?? Rasanya tidak..
Orang yang beriman dan beramal soleh, merekalah yang sebenarnya
merasakan manisnya kehidupan dan kebahagiaan kerana hati mereka selalu
merasa tenang, berbeza dengan orang-orang yang lalai dari allah kerana
merasa akan sentiasa merasa gelisah mencari harta dunia..
Walaupun mungkin kita melihat mereka yang beriman dan beramal soleh ini
seakan kehidupan mereka begitu sederhana , bahkan sangat kekurangan harta..
Namun jika kita melihat jauh , kita akan mengetahui bahawa merekalah orang-orang
yang paling bahagia.. Hati mereka sentiasa merasa cukup dengan apa yang mereka ada..
p/s : HATI YANG SELALU MERASA CUKUP ITULAH YANG LEBH UTAMA
DARI HARTA YANG MELIMPAH..
No comments:
Post a Comment