Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Monday, October 28, 2013

BaHaGiA BeRsAmA kAMu !!!


Cinta itu begitu indah bila dua insan saling memahami dan setia antara satu sama lain...
Tanpa kita menduga dalam setiap perhubungan pasti jua akan diuji dengan pelbagai
ujian.. Kadang-kadang ujian itu datang terlalu berat untuk kita pikul hingga
membuatkan kita menjadi begitu lemah sekali...


Tapi bagi aku setiap dugaan yang mendatang adalah untuk menguji keteguhan
dan ketabahan kita dalam mengharungi onak percintaan.. Setiap ujian itu
mematangkan kita supaya kita dapat memperbaiki salah silap yang kita lakukan...
Aku tabah dan cekal dalam melalui setiap apa sahaja rintangan yang menduga aku...
Bagi aku semua itu hanya sekadar ujian untuk menguji kekuatan cinta aku...
Aku akan lalui semuanya dengan cinta dan sayang aku yang terlalu dalam untuk mu...
Kita sama-sama harungi dan lalui setiap apa ujian yang mendatang ya awak...


Awak selalu tanya saya kenapa saya banyak lebihkan awak dari diri saya ini... Kenapa
saya banyak berkorban macam-macam untuk awak.. Awak juga mesti tak tahu
kenapa saya selalu tersenyum dan lembut tutur kata dalam setiap perbualan kita...
Awak.. Saya terlalu menyayangi dan menyintai awak sepenuh hati saya...
Saya akui memang saya tak mampu menjawab persoalan awak itu... Tapi
percayalah semua yang saya lakukan kerana saya mahu awak bahagia dan gembira...
Saya gembira sangat lihat awak gembira dan bahagia.. Suatu hari nanti semua
persoalan awak itu pasti akan awak temui jawapannya..


Terima kasih awak kerana memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat saya...
Awak terlalu baik sangat dengan saya.. Bagi saya awak segalanya dalam hidup saya..
Awak sangat penting buat saya.. Awak sentiasa dihati saya ini sehingga ke akhir hayat saya..
Terima kasih awak kerana menyayangi dan menyintai saya seadanya saya ini...
Saya akan menjaga dan melindungi awak di setiap detik hidup saya ini..


-AMIR LOVE AFIFAH FOREVER-


No comments: