Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Friday, December 27, 2013

AkU MaHu JaDi AnAk SoLeH


Assalamualaikum semua... Apa khabar...
Lama dah tak update blog ni... huhu...
sibuk sikit bekerja.... Harap semuanya dalam keadaan baik....

Syukur pada Allah SWT memberi peluang untuk saya kembali mencari kehidupan yang sebenar sebagai seorang insan yang bergelar ISLAM. Semoga hati ini terus tabah dan sabar menghadapi dugaan dalam hidup.. Lebih-lebih lagi dugaan dari musuh utama umat islam yakni syaitan.


 Semoga kita berlndung dengan Allah dari godaan syaitan yang cuba memesongkan akidah kita. Sesungguhnya saya percaya perubahan dalam hidup ini mungkin disebabkan doa dari kedua ibu bapa saya yang tidak henti-henti mendoakan untuk anak-anaknya.. Saya cuba menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa saya... " Ya Allah..janganlah KAU mengambil nyawa ku dan kedua ibu bapaku..sebelum mereka sempat menjadi tetamu Mu di Tanah Suci Mekah..Kau permudahkanlah segala urusan ku untuk membawa kedua ibu bapaku menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji..aminnnnnn ...


IBu.......
Kaulah ibu yang terbaik dalam hidupku...
Jasa dan pengorbananmu tidak mungkin dapat ku membalas hingga akhir waktu..
Kau tidak jemu mendidik..menjaga dan memberi kasih sayangmu...
Menyanyangi mu adalah kewajipan sepanjang hidupku..
Takkala semua orang masih di buai mimpi shadu..
Kau bangun memyediakan segala persiapan untuk anak-anak mu...
Tanpa perasaan penat lelah..kau sentiasa ada bersama kami...
Semoga di panjangkan umurmu wahai ibu ku...
agar dapat aku berbakti untukmu....
sehingga hujung nyawa mu Ibu....

Abah.....
Kaulah menjadi Idola ku....
Siang dan malam mencari rezeki untuk anak-anakmu...
mengerah keringat tidak mengira waktu...
menitis peluh mu ke bumi bagai mutiara salju..
yang sentiasa mengalir di setiap pergerakkan mu..
mencari sesuap nasi untuk anak mu..
kini ku sedar pengorbanan mu...
tidak ada nilai gantinya untuk ku....


LOVE MY PARENT....

Monday, November 18, 2013

MiMpI yAnG iNdAh !!!



Assalamualaikum semua...
Hari ini sungguh indah sekali cuaca...
Begitu juga dengan diri ku ini terasa begitu gembira sangat...
Korang semua sihat ? Hope semua dalam keadaan sihat sahaja..
Kalau ada yang sakit-sakit tu boleh pegi klinik ambil ubat...
Jangan nak ''bajet'' kuat jew tak nak makan ubat...
(^_^)


Semalam saya mimpi sesuatu yang tiada apa mampu saya ungkapkan...
Terasa gembira dan bahagia sangat apabila mimpi itu hadir dalam lena ku..
Ini bukan cerita encik mimpi okey... hihihi (jap lagi kita dengar lagu encik mimpi) ..
Dirimu hadir dalam mimpiku pun sudah begitu bermakna sekali bagi aku..
Terubat rasa rindu aku akan dirimu buat seketika...


Hati ku ini setia untuk diri mu..
Menanti akan hadir mu siang dan malam..
Agar dapat aku bertemu dengan kamu..
Tidak kira berapa lama sekali masa yang diambil...
Aku setia menantikan kamu...
Aku ikhlas menyayangi diri mu...
Aku tulus mencintai kamu..
Hati ku ini milik kamu hingga akhir hayat ku...


JOM KITA LAYAN LAGU ENCIK MIMPI - RINDUKANLAH






Friday, November 15, 2013

SaYaNg... AbANg Ada UnTuK cYg !!!


Assalamualaikum awak...

Macam mana awak sekarang ? Mesti tengah tersenyum ceria saja waktu buka blog
saya ni kan.. hihi (^_^) .. aaauuummmm... :p


Awak...
Saya sentiasa ada bersama awak.. Saya sentiasa ada untuk memberi semangat dan
kekuatan untuk awak.. Walau apa sekali pun saya setia menjadi pendengar yang setia
jika awak ingin luahkan apa-apa dengan saya.. ''abg ada dengan cyg.. abg ada dihati cyg..''...


Awak...
Jika awak perlukan saya.. Saya mahu awak tahu saya disini sentiasa menanti awak...
Saya tahu sayang saya ni seorang yang tabah dan kuat...
"cyg... senyum sikit abg nak tgk'' ... haaa kan comel ja awak bila senyum...
Macam itu lah.. Kembang dah dia sekarang.. hihi.. (^_^) ..


Takpa awak.. Nanti saya ada sesuatu nak sarungkan untuk awak..
Sebelum ni awak tanya saya yang saya lupa bawa sesuatu untuk awak..
Nanti jumpa saya pakaikan kat awak taw..











Saturday, November 2, 2013

2013 TaHuN PaLiNg BaHaGiA !!!!


Hari demi hari masa itu berlalu pergi dengan cepat sekali...
Tanpa kita sedar kini kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2013...
Dalam tahun 2013 ini apa yang telah kita lakukan ya?
Mesti ada diantara kita baru tersedar.. Apa aku dah lakukan untuk diri aku..
Untuk keluarga aku.. Untuk orang aku sayang.. Rasanya mesti korang tengah
berkhayal di awan-awan lagi memikirkan... hihihi...


Bagi aku banyak yang aku belajar dan perolehi dalam tahun ini..
Setiap hari yang berlalu itu sememangnya mendewasakan kita..
Tapi adakah semakin kita meningkat dewasa ini akan membuatkan
pemikiran kita juga menjadi semakin matang? Bagi aku bukan usia yang mematangkan
diri kita.. Tapi pengalaman dan perjalanan hidup yang kita lalui itu menjadikan
diri kita semakin matang dan lebih mengerti akan kehidupan...


Tidak kira walau bagaimana sekali keadaan dan perjalanan yang kita lalui...
Sama ada gembira, sedih , bahagia atau duka sememangnya semuanya ini mengajar kita
sesuatu yang kita perlu lakukan untuk menjadikan sesuatu itu lebih indah lagi...


Aku gembira dan bahagia sangat mempunyai keluarga dan insan aku sayang
yang selalu memberi sokongan dan semangat untuk aku lalui perjalanan hidup aku ini...
Mereka semua sumber inspirasi aku untuk aku terus bangkit dari terjatuh dengan
onak liku yang perlu aku hadapi di setiap waktu hidup ku...



Wednesday, October 30, 2013

kAmU SeLaLu DiHaTi Ku !!!!


Aku terus berjalan tanpa sedikit rasa lelah dan tidak akan aku
berpatah balik dengan jalan yang sedang aku harungi ini....
Bagi aku mencintaimu tidak sedikit pun akan melunturkan apa-apa
perasaan aku terhadap kamu walau apa sekali rintangan yang terpaksa aku hadapi...


Bukanlah mudah laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi yang dituju...
Kadang-kadang ia datang dengan begitu berat untuk kita tanggung...
Tapi kerana cinta kita hadapi semuanya dengan penuh kesabaran....
Semuanya akan aku hadapi bersama kamu.. Aku akan sentiasa ada untuk kamu....


Awak tahu tak saya suka tengok awak senyum... Senyuman awak itu betul-betul
buat saya rasa tenang sangat... Kadang-kadang bila awak usik saya.. Sesungguhnya
ketika itu saya rasa terlalu bahagia sangat... Awak pandai menjaga hati saya...
Awak baik sangat dengan saya.. Lemah lembut dalam pertuturan dan sentiasa
menghormati saya dalam hidup awak...


Saya gembira dan bahagia sangat awak disamping saya...
Saya akan menjaga dan melindungi awak dengan sedaya upaya kemampuan saya..
Bagi saya awak segalanya dalam hidup saya ini...
Saya mungkin mampu tersenyum dan berjalan...
Tapi awak yang memberi saya kekuatan dan semangat untuk saya hadapi hari-hari saya..
Awak adalah nyawa saya...


Indah sekali saya rasa disaat saya melihat awak disisi saya...
Saya akan lakukan apa sahaja untuk melihat awak bahagia dan gembira...
Kebahagiaan dan kegembiraan awak itu sangat penting dalam hidup saya...


Tiada yang aku mahukan selain menjadi imam di dalam setiap solat mu...
hanya kamu yang aku mahu..
Insan yang aku sayang dan cinta di dalam hidup aku..
SITI AFIFAH BINTI NORDIN




Monday, October 28, 2013

BaHaGiA BeRsAmA kAMu !!!


Cinta itu begitu indah bila dua insan saling memahami dan setia antara satu sama lain...
Tanpa kita menduga dalam setiap perhubungan pasti jua akan diuji dengan pelbagai
ujian.. Kadang-kadang ujian itu datang terlalu berat untuk kita pikul hingga
membuatkan kita menjadi begitu lemah sekali...


Tapi bagi aku setiap dugaan yang mendatang adalah untuk menguji keteguhan
dan ketabahan kita dalam mengharungi onak percintaan.. Setiap ujian itu
mematangkan kita supaya kita dapat memperbaiki salah silap yang kita lakukan...
Aku tabah dan cekal dalam melalui setiap apa sahaja rintangan yang menduga aku...
Bagi aku semua itu hanya sekadar ujian untuk menguji kekuatan cinta aku...
Aku akan lalui semuanya dengan cinta dan sayang aku yang terlalu dalam untuk mu...
Kita sama-sama harungi dan lalui setiap apa ujian yang mendatang ya awak...


Awak selalu tanya saya kenapa saya banyak lebihkan awak dari diri saya ini... Kenapa
saya banyak berkorban macam-macam untuk awak.. Awak juga mesti tak tahu
kenapa saya selalu tersenyum dan lembut tutur kata dalam setiap perbualan kita...
Awak.. Saya terlalu menyayangi dan menyintai awak sepenuh hati saya...
Saya akui memang saya tak mampu menjawab persoalan awak itu... Tapi
percayalah semua yang saya lakukan kerana saya mahu awak bahagia dan gembira...
Saya gembira sangat lihat awak gembira dan bahagia.. Suatu hari nanti semua
persoalan awak itu pasti akan awak temui jawapannya..


Terima kasih awak kerana memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat saya...
Awak terlalu baik sangat dengan saya.. Bagi saya awak segalanya dalam hidup saya..
Awak sangat penting buat saya.. Awak sentiasa dihati saya ini sehingga ke akhir hayat saya..
Terima kasih awak kerana menyayangi dan menyintai saya seadanya saya ini...
Saya akan menjaga dan melindungi awak di setiap detik hidup saya ini..


-AMIR LOVE AFIFAH FOREVER-


Sunday, September 8, 2013

KoNvOkEsYeN My LoVe !!!



Assalamualaikum semua kawan-kawan...
Korang buat apa hari ini.. Mesti bnyak aktiviti kan yang korang
tengah lakukan.. Ada yang kuar lepak dengan insan tersayang..
Ada yang luangkan masa dengan family... WAAAH.. Best kan..
Hari ini aku luangkan masa dengan family.. Temankan adik aku yang
kecik sekali ni main mainan baru dia dapat sempena hari kelahiran dia...


Semalam hari yang sangat bermakna sangat.. 7 september 2013 merupakan hari
yang sangat bersejarah dalam hidup aku.. Mana tidaknya hari itu merupakan
hari KONVOKESYEN insan yang aku sayang... Comel dan berseri-seri sangat
dia pada hari itu.. Seakan bidadari yang datang dari langit.. Begitu terpesona
aku melihat riak wajahnya dengan senyumnya.... TAHNIAH awak..
Kini sudah bergelar MAHASISWI....




SEBELUM KE KONVOKESYEN... BERGAYA SAKAN YEW SAYANG..
HEHEHE



DALAM DEWAN MASA KONVOKESYEN...
RIAK WAJAH AWAK YANG HAPPY..
SUKA-SUKA...


SELEPAS KONVOKESYEN...
AYU JEW BERDIRI DI BAWAH POKOK...



HEHEHE...
PEACE...
KENAPA BUAT MUKA COMEY KAT ABG KAMERA..
JELES SAYA AWAK...
(^_^)



Meriah sangat sambutan di majlis KONVOKESYEN POLITEKNIK SEBERANG PERAI 2013..
Habis dari konvo kami terus menyerang MCDONALD... HAHAHA...
Sementara menunggu keluarga dia datang jadi kami pergi lepak kat sana...
Sampai-sampai sana ada laa family ni riuh betul MCDONALD ngan mereka...
Nasib laa lepas kami sampai tak lama lepas tu mereka pun bergerak pulang...
Aman sikit terasa suasana kat sana... Bersama dengan dia sampai ke petang...
Around 4.30 parent dia pun sampai... 



Memang seronok dan happy sangat meluangkan masa bersama awak...
Bahagia sangat bila disisi kamu... Nanti ada masa kita jumpa lagi ye awak...
Awak kena banyak rehat untuk pulihkan kembali tenaga awak...
Ayat macam awak ada super power pulak kan nak suruh 'recharge your energy' ...
OKEY sampai sini story saya... SAYA SAYANG DAN CINTA AWAK SEPENUH HATI SAYA...



-AMIR`'AFIFAH`'FOREVER`'LOVE-




Friday, August 30, 2013

TeRcApAi HaSrAt Mu KeLaK !!!!





Alhamdulillah...
Semua dalam keadaan baik..
Korang semua mari sama-sama AMIN kan doa saya ini..



'YA ALLAH , kepada-MU hamba memohon pertolongan...
Hanya kepada-MU hamba berserah akan segala perkara..
YA ALLAH.. Engkau permudahkan urusan SITI AFIFAH BINTI NORDIN..
Semoga dia memperolehi apa yang dia hajati.. Di murahkan rezeki dari mu dan
memperolehi pekerjaan yang baik untuk diri-nya... YA RAHMAN YA RAHIM..''



Awak... Semoga apa yang awak idamkan selama ini akan menjadi nyata..
INSYAALLAH.. Dengan izin ALLAH pasti akan tercapai hasrat awak itu..
Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak...
(^_^)



Saturday, August 24, 2013

BeRsYuKur DaN BeRsAbAr DaLaM KeHiDuPaN !!!




Assalamualaikum...
Apa khabar semua.. Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera..
Macam mana kehidupan kamu semua hari ini.. Mesti banyak yang kamu hadapi hari ini..
Alhamdulillah.. Saya sihat sahaja pada hari ini.. Tak sabar rasanya nak memulakan
tugas untuk bekerja.. Hehe.. Feeling so excited...


Lumrah kehidupan manusia kadang-kadang kita berada diatas dan kadang-kadang
kita berada di bawah memerhatikan yang lain... Percayalah sesuatu usaha dan niat yang
bersungguh-sungguh yang kita lakukan.. kita semua mampu mencapai apa yang kita hajati...
Jalan terus kehadapan dan jangan mengalah jika tidak berjaya atau kita menemui jalan buntu
sekalipun tetaplah teruskan langkahmu dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik terus maju..


Tapi ingatlah jangan terlalu mahu mencapai sesuatu yang terlalu tinggi hasratnya melebihi
dari daya upaya kita.. Setiap yang lahir telah ditetapkan bagi mereka kebolehan dan
kemampuan seseorang dalam melalui kehidupan seharian... Ingatlah walau hanya sekadar
menjual buah-buahan itu bukanlah sesuatu perkara yang mensia-siakan...
Setiap orang punya rezeki masing-masing.. Ada yang sikit dan ada yang terlalu banyak sekali..
Yang sikit itu kadang lebih mulia hatinya dari yang banyak rezekinya...
Semua ini sudah acapkali kita lihat dalam masyarakat di Malaysia ini..
Yang sedikit rezekinya itu selalu bersyukur dengan apa yang diperolehi walaupun
sekeping RM1 berbanding dengan orang yang mampu memperolehi RM1Ribu tapi
mereka tetap merasa tidak cukup dan menginginkan lebih lagi...


Begitu juga jika anda inginkan seorang isteri jangan terlalu mahu yang terlalu sempurna..
Kerana kesempurnaan hanya sementara.. Bila sudah tua tetap sama berkedut jua wajahnya..
Putih beruban juga rambutnya bila sudah lanjut usia.. Kesempurnaan belum tentu dapat menjanjikan kebahagiaan.. Hanya kejujuran dan kesetiaan sememangnya ramuan terbaik perhubungan..


Cuba cari jalan penyelesaian dan memperbaiki apa yang telah dilakukan serta
perbanyakkan kasih sayang.. Saling memahami dan sentiasa menjaga hati satu sama lain..
Kebahagiaan pasti akan kamu miliki.. Kepercayaan juga memainkan peranan yang amat
penting dalam perhubungan..


Jika sesuatu hal itu berlaku dan bermacam persoalan bermain di minda anda terus saja
bertanya sebab dan puncanya pada seseorang itu.. Mungkin kita boleh bertanya pendapat
orang lain tapi belum tentu orang lain mampu mengetahui apa sebenarnya yang tersirat
dihati orang itu...
Orang lain itu sekadar mampu memberi pandangan tapi yang ada jawapan bagi persoalan
di minda kamu itu adalah insan yang sedang kamu fikirkan itu..


Hidup memang mudah jika kita hanya boleh menggunakan remote untuk
forward, pause dan rewind serta dapat edit dan mengatur perjalanan hidup kita..
Tapi ini kehidupan sebenar bukan cerita fantasi.. Kita hidup dalam dunia nyata..
Dimana kita hanya melakukan apa yang telah ditetapkan untuk perjalanan hidup kita
dari bernyawanya kita di dalam rahim ibu sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..
Seseorang itu mungkin sedang tersenyum dihadapan kita apabila kita membuat dia marah
tapi adakah itu semua kerana hatinya tiada perasaan..
Walhal hakikatnya dia sedari hatinya telah kita sakiti tapi kerana rasa sayang dan
cinta terhadap diri kita.. Dia cuba mengukirkan senyumannya sekadar mahu kita tahu
yang dia tiada apa-apa...


Orang yang sentiasa bersabar dan bersyukur di dalam setiap perkara itu sememang seorang
yang hebat.. Bukan semua orang mampu bersabar dalam semua perkara..
Kerana kesabaran perlukan kekuatan emosi yang tinggi...
Manusia yang sentiasa bersyukur akan setiap yang mereka miliki dan perolehi
adalah manusia yang hidupnya sentiasa tenang dan gembira..
Bagi mereka apa yang ada dalam hidup mereka sudah cukup membahagiakan..


Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini... Melalui liku-liku dan ragam dalam
perjalanan hidup membuatkan aku menjadi manusia yang cekal serta mengajarkan aku
untuk sentiasa bersabar di dalam setiap apa yang aku hadapi..
Aku berterima kasih kepada-
~MU YA ALLAH~
~IBU yang bertarung dengan nyawanya untuk melahirkan aku~
~ABAH yang tanpa pernah mengeluh kepenatan untuk keluar mencari rezeki untuk anak isteri~
~KELUARGAKU yang sentiasa memberi sokongan dan semangat~
~KAWAN-KAWAN yang tanpa jemu sentiasa ada membantu aku~
~INSAN DI HATIKU yang sentiasa memberi aku kekuatan dan keyakinan~




THANK YOU BECAUSE ALWAYS BE WITH ME !!! 



Thursday, August 22, 2013

BiLa AjaL MeNjEmPuTkU !!!



Andai lepas ni lena aku tak terjaga..
Ingatlah awak..
Hati ini terlalu setia menyayangi dan menyintai awak..

Andai lepas ni hanya nama yang ku tinggalkan didunia..
Harap namaku sentiasa dihati mu..

Jika mampu aku biarkan kamu membaca hati ku..
Pasti kamu akan mengerti..
Betapa dirimu begitu bererti sangat didalam hidupku..

Walauapapun berlaku disetiap saat ku tidak pernah melupakan mu..
Kamu sentiasa dihatiku..
Aku cuba perbetulkan setiap apa yang berlaku..
Begitu juga kuharapkan dari diri mu..
Aku juga seperti kamu..
Punya hati dan perasaan..

Bila dengan kamu..
Aku begitu tenang..
Terasa sekali kebahagiaan dengan kamu..
Kamu yang terindah..
Kamu yang teristimewa.
Di hatiku SELAMANYA..

Im really need you while im still alive..
Bila saya dah tak wujud suatu hari nanti didunia ini..
Saya akan tetap temani awak tapi sekadar bayangan di dalam hati awak..
Waktu itu tiada lagi suara saya..
Tiada lagi diri saya didepan mata awak..
Hanya al-fatihah yang mampu buat saya rasa tenang..


-TERIMA KASIH AWAK-

Tuesday, August 20, 2013

KaU.. AkU.. CiNtA KiTa SaTu !!!



Assalamualaikum...
Apa  khabar semua... Semoga semua dalam keadaan baik-baik saja ya..
Jaga diri.. Jaga kesihatan sekarang ni cuaca tak menentu kejap hujan kejap panas..
Rajin-rajin lah minum air mineral ya.. Walaupun takda rasa takda warna telan jaa...
Hehehe.. (^_^)


Di setiap ruang aku belajar mengenal apa itu CINTA ...
Cinta bukan sekadar memerlukan pengorbanan..
Tapi bagaimana kita membuktikan CINTA kita itu..
Jujur dan ikhlas dalam setiap kata dan apa yang kita lakukan...


Kadang-kadang hati dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata..
Mesti korang blurr kan.. Hati ada dalam tubuh kita macam mana nak melihat...
Percaya lah.. Bila anda menyayangi dan menyintai seseorang anda akan dapat rasai
sesuatu dari hati anda... Walaupun seseorang itu mengungkapkan yang dia okey saja..
Ataupun bila kita bertanya adakah awak rindukan saya dan si dia menjawab
rindu awak tapi nanti-nanti lah kita jumpa.. Sebenarnya hati kita dapat tahu yang
sebenarnya dia tak okey.. Dia rindukan kita dan mahu bertemu dengan kita tapi
dia tidak mahu menyusahkan kita untuk datang... Ingatlah semua tu kerana dia
tak mahu apa-apa berlaku dekat kita...
Walhal hakikat sebenarnya dia mahu saja kita berada disisi dia...


Hari demi hari kita lalui bersama..
Suka duka ketawa gurau antara kamu dan aku..
Semua itu kita hadapi bersama...
Aku bahagia bersama kamu...
Bagi diriku ini dirimu begitu indah sekali dalam hidupku..


Selama aku masih bernafas...
Aku begitu inginkan sangat untuk menjadi imam dalam solatmu..
Aku mahu sentiasa menjaga dan melindungi mu..
Aku ingin mempertahankan diri mu..
Aku mahu sentiasa membahagiakan kamu walau apa sekali pun
rintangan dan dugaan yang perlu aku pikul..
Bagi aku kebahagian mu sudah cukup untuk membuat aku merasa bahagia...


Aku terlalu sayangkan kamu..
Aku mencintaimu sepenuh hati ku..
Di hatiku hanya ada kamu selamanya..
TERIMA KASIH awak atas segala rasa yang awak berikan untuk saya..
Saya hargai sangat awak dalam hidup saya..
Selamanya hati saya setia untuk awak seorang..
SAYA TERLALU BAHAGIA DAN GEMBIRA BERSAMA AWAK...



Monday, August 19, 2013

My SpEciAL DaY WiTh My LoVe...



Assalamualaikum...
18 AUGUST 2013... Aku kini sudah semakin berumur.. hahaha..
Kelakar la pulak.. But im still young okey.. kahkahkah.. :P ..
Apa-apa pun semoga aku menjadi seorang yang lebih matang dan
dimurahkan rezeki aku... Ada rezeki 2 tahun lagi boleh nak langsungkan perkahwinan..
(^_^) .. Nampak tak aku ni excited nak berumah tangga... Sapa taknak kan..
Setiap hari dapat menemani dan menjaga insan kita sayang..
Gurau senda bersama-sama.. Usik mengusik manja... Yang paling aku impikan
menjadi imam didalam setiap solat isteri ku kelak.. InsyaALLAH.. Amin..
Doakan kami cepat-cepat diijabkabulkan ya...
Terasa kebahagiaan hidup berumah tangga ni...


Okey soal kahwin letak tepi dulu buat seketika... hehe...
Aku nak cerita pasal hari kelmarin saat keluar jalan-jalan dengan si dia...
Dapat baju kemeja dari si dia untuk birthday aku semalam...
Terima kasih taw awak...
Seriously saya suka sangat.. Kaler dia cantik dan corak dia pun smart...
Suka sangat... Im so happy..



GiFt BiRtHdAy DaRi ChEnTa HaTi




Kelmarin kami keluar makan angin sebelum pegi lepak kat tepi pantai..
Hehe.. Ada macam-macam cerita disebalik makan angin ni sebenarnya...
Aduhh.. Macam-macam pelosok dunia kami lalui... hahaha..
Malah tempat yang aku tak pernah lalu pun berjaya kami redah bersama..
Perjalanan yang mengajar aku melihat kehidupan dan suasana keadaan
di tempat orang... Pelbagai reaksi dan kerenah yang dapat aku lihat...
Betul apa yang dikatakan.. Lain orang lain ragamnya..


Saya harap awak gembira meluangkan masa bersama saya...
Saya gembira sangat kerana awak sudi ada bersama saya kelmarin..
So sweet dan banyak kenangan sangat semalam... hehe.. :D
Terima kasih awak...

 <3 LoVe YoU <3





Tuesday, August 13, 2013

CinTa PerLuKaN kEiKhLaSan !!!!



Assalamualaikum...
Lama sudah tak update blog... Penat berpuasa selama sebulan..
Alhamdulillah sekarang sudah memasuki bulan SYAWAL...
Saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...


Syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi ku peluang untuk
melalui hari-hari ku melihat indahnya ciptaanNYA dan masih memberi
ku ruang masa untuk ku habiskan sisa-sisa hidup ku bersama insan ku sayang...


Keikhlasan bukan hanya pada setiap perkara yang kita lakukan...
Tapi terhadap perasaan dan hati kita perlu ikhlas...
Cinta ia datang dan tersemat dihati ku ini dengan nama kamu...
Pasti akan ku jaga sebaiknya.. Aku hanya mahu bersama kamu menemani hari-hari ku...
Cinta dan perasaan ku ini ihklas dan jujur menyayangi dan menyintai mu setulus hati..


Hari demi hari kita lalui bersama.. Pelbagai kenangan kita ciptakan bersama..
Kau dan aku masing-masing sentiasa ada disetiap salah seorang memerlukan..
Aku bersyukur kerana diri mu sudi menerima ku disetiap kekurangan ku..
Aku bahagia mengenali dan bersama dirimu disetiap hari-hari ku..
Terima kasih awak.. Saya hargai awak dalam hidup saya...


 Bila malam muncul tiba membuatkan aku tidak sabar
menanti sang mentari muncul kembali...
Agar dapat aku menemani dan mendengar suara kamu...
Begitu indah sekali saat kamu disisi ku...
Hati ku ... Jiwa ku... Diri ku....
Terasa begitu tenang sekali....


DI HATIKU HANYA ADA KAMU SEORANG
INSAN YANG INGIN KU JADIKAN BIDADARI HIDUPKU...
JUST ONLY YOU MY LOVELY PRINCESS..







Wednesday, July 17, 2013

BaRu PeRaSaAn !!!...




Saya baru perasan lepas awak tegur...
Apa yang awak cakapkan buat saya tertanya-tanya..
Saya tengok dari atas sampai bawah dan baru saya sedar akan satu perkara..
Memang kalau tak saya pun tak tahu apa-apa awak..
Sebab saya tak pernah pun tengok kat bahagian sana...
Kalau tak silap saya itu account lama dia..
Tapi mungkin dia delete blog lama dan buat yang baru atas account lama..
Entahlah awak.. Saya tak tahu apa-apa awak... 
Hanya saya tahu saya ada awak seorang dihati saya ''SITI AFIFAH''... 


Awak... Selalu saya pesankan kat awak...
Saya hanya inginkan awak menjadi penjaga hati saya...
Hanya awak SITI AFIFAH...



SITI AFIFAH ONLY !!!!



 SY-SYG&CHENTA-AWK-FOREVER




HaRi InI BaNyAk DuGaAn !!!



Ya ALLAH....
Sesungguhnya berat benar ujian mu untuk hambamu ini...
Aku terlalu sayang dan cintakan dia...
Aku tak mampu untuk melihat dia sakit macam tu..

Awak...
Saya disini bukan sedang happy2 tapi saya disini mengharapkan
awak kembali sihat... Saya tak tahu kenapa mood awak lain sangat
dengan saya hari ini...

Saya juga nak awak tahu yang saya memang tak tahu pasal orang lain
tukar blog... Apa yang saya buat sebab naluri hati saya sendiri yang
mahu buat perubahan dan kejutan blog saya untuk awak...
Saya tak sangka pulak kejutan yang saya ingat akan buat awak gembira
mampu jadi sebegini...

Awak...
Terus terang saya bagi tahu awak..
Hanya seorang gadis yang bertakhta dihati saya kini dan selamanya..
Iaitu awak SITI AFIFAH...
Dalam hati saya cuma ada awak yang saya cinta dan sayang..
Yang paling penting saya mahu awak tahu satu perkara...
''SAYA TIDAK PERNAH BERAHSIA APA-2 DENGAN AWAK''
Saya dah terlalu JUJUR dan SETIA dengan awak..




 SY-SYG&CHENTA-AWK-FOREVER

SaKiT ... SaKiT ....



Salam semua....
Jangan salah anggap ye ngan tajuk post niii...
Takda hati,perasaan atau diri ini yang sakit...
Cuma MY LOVE... TOoday she not feeling well..
Batok + Demam + Selsema + Sakit Tekak...
Kesian dia mesti letih sangat...
Maaf awak.. Bukan tak mahu teman awak message..
Tapi saya nak awak rehat dulu.. Saya tahu awak letih badan awak tak bermaya sangat..
Nanti bila awak dah okey sikit rasa lega... Kita sembang-sembang yew awak..
Saya doakan awak cepat sembuh dan saya nak awak tahu...
SAYA RINDUKAN AWAK... (^_^) ...
Cepat sembuh tau awak...







 SY-SYG&CHENTA-AWK-FOREVER

SeLaMaT BeRpUaSa !!!


Assalamualaikum semua...
Apa khabar semua?? Hope korang semua sihat dan baik-baik sahaja..
Maaf lambat sikit update post...
Al-maklumlah sibuk sikit sekarang...
Apa-apa pun saya nak ucapkan ''SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA''..
Sekarang dah masuk puasa ke 8... (^_^)
Macam mana dengan puasa korang semua...
Jangan kata ada yang tak puasa.. Nak kena rotan nii... :P
Tak mau- tak mau okey buat perangai macam tu..
Setahun hanya sebulan ja kita melalui ibadah puasa ni..
Berpuasa ni bukan sekadar menyuruh kita menahan diri dari lapar TAPI
ia mengajar dan memberi kita rasa akan penderitaan orang-orang yang
hidup dalam kesusahan.. Malah berpuasa ini juga dapat mengajar kita erti bersyukur..


p/s : Berpuasa dengan Siti Afifah... Hari ni dia kurang sihat.. Semoga dia cepat sembuh..
Awak.... Nanti lepas berbuka puasa jangan lupa makan ubat ye..





 SY-SYG&CHENTA-AWK-FOREVER

Sunday, July 7, 2013

SeTiA SeLaMaNyA bErSaMa !!!!!




ASSALAMUALAIKUM....


Aku terlalu bahagia dan gembira sangat selama bersama dirimu disisiku...
Kamu membuat hari-hari ku menjadi indah dengan adanya kamu menemani ku...
Memang aku tahu tidak mungkin setiap saat kamu dapat ada untuk ku..
Tapi setiap kali dirimu meluangkan masa bersama ku..
Aku begitu tenang sekali mendengar suaramu..


Awak...
Kasih sayang dan cinta kita semakin hari semakin kuat sekali...
Sayang dan Cinta saya buat awak bukan hanya kata-kata dari suara bibir saya..
Tapi semua itu dari perasaan hati saya yang tulus mahukan awak menjadi milik saya..
Tanpa awak saya berasa sangat lemah untuk melalui hari-hari saya...


Terima Kasih awak atas rasa sayang dan cinta awak berikan untuk saya...
Saya mahu selamanya kekal dihati awak..
Terus menyayangi dan menyintai awak hingga akhir nyawa saya..
Walaupun sejauh mana jarak saya dari awak...
Saya akan sentiasa ada untuk awak saat awak memerlukan saya..
Saya akan selamanya menjaga dan memlindungi awak..


Kadang-kadang saya sedar saya mungkin tidak sehebat atau sesempurna
seseorang yang pernah bersama awak dahulu...
Tapi hadirnya saya dihati awak.. Saya mahu menjadikan awak isteri saya
dan terus bersama awak memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buat awak..


Kadang-kadang saya mahu mendengar sendiri isi hati awak luahkan buat saya...
Bila saya mendengar semua tu buat saya rasa begitu tenang sekali..
Walaupun semua perasaan awak itu tetap sama..
Awak selamanya mnyintai dan mnyayangi saya tapi awak tak tahu
setiap ungkapan awak itu begitu bererti sekali pabila saya mendengarnya..
Percayalah saya tak pernah bosan mendengarnya bahkan buat saya gembira sangat..


Awak...
Hati saya hanya mahukan awak menjadi peneman hidup saya...
Hati ini sudah terlalu menyayangi dan menyintai awak sepenuh nya...
Saya akui saya memang insan biasa yang tiada apa2 yang istimewa..
Tapi saya harap saya mampu menjadi yang paling istimewa dihati awak..



SAYA SELAMANYA TERUS SETIA BERSAMA AWAK WALAU APA PUN
DUGAAN SERTA RINTANGAN YANG PERLU SAYA LALUI.. SAYA AKAN
SENTIASA KUAT DAN TABAH MENGHARUNGI SEGALANYA DEMI UNTUK
BERSAMA AWAK SELAMA HIDUP SAYA...







BiDaDaRiKu aKaN kU jAgAmU sEbAiKnYa !!!



Full of meaning when i hear this song.. 
Walau apapun yang terjadi cintaku untukmu tetap utuh dan tidak akan
sedikit pun rapuh kerana dirimu begitu bermakna sekali dalam hidupku..
Kamu segalanya buat diriku.. Without u i feel so weak..
I LOVE YOU FOREVER AND EVER NO MATTER HAPPEN..
I WANNA END MY LIFE WITH U AT MY SIDE...
Cinta dan Sayang ku selamanya bersama mu SITI AFIFAH..






Friday, June 14, 2013

~ AkU RiNdU KaMu AkU MaHu KaMu ~



Assalamualaikum semua...


Hari ini saya sedih sedikit... Sesuatu seakan membuat diri ku rasa tidak tenang...
Jujur aku rasa lemah sangat mendengar semua itu... Semangat ku seakan hilang seketika..
Jika nanti aku begitu tidak bermaya bagaimana untuk ku mendapatkan
kekuatan yang selalu engkau berikan buatku...
Dimana ingin ku cari senyuman mu yang buat diri ini berasa bahagia dan gembira..
Bagaimana untuk aku merawat rinduku jika tika itu aku begitu
memerlukan diri mu disisi ku...


Wahai Permata Hatiku....
Kiranya ada ruang dan waktu... Bawalah rindumu bertemu dengan ku...
Agar bisa aku terus bangkit dari jatuh dalam kerinduan ku ini...
Aku sedar siapa aku ini untuk meminta engkau mendengar rayuan hati ku..
Kesabaran menjadikan aku tabah saat kesakitan itu datang menjelma..
Suara mu memberiku kekuatan untuk aku menghadapi kerinduan dihati...
Gelak tawa dan gurauan mu membuat aku tahu kau sedang bahagia disana...


Aku memahami akan semua ini...
Demi kerana sayang dan cinta terhadap mu aku akan sentiasa kuat
dan terus tabah melalui liku-liku ini semua...
Ujian ini begitu berat sekali untuk aku harungi...
Aku berharap agar engkau sentiasa ada untuk ku..
Walaupun berapa lama sekali pun... Walau apa yang mendatang sekali pun..
Aku disini akan MENANTI MU DENGAN KESETIAAN yang kusemadi dalam hati ini...


Aku redha dan terima dengan hati yang terbuka...
Mungkin aku dielakkan dari dilanggar kereta tadi dan diganti dengan
apa yang perlu aku terima buat masa ini...
Aku tahu ini semua hanya sementara...
AKU HARUS KUAT DAN TABAH DEMI INSAN YANG AKU SAYANG DAN CINTA...



p/s : SAYA HARAP DIHATI AWAK SENTIASA ADA SAYA SELAMANYA...

Thursday, June 13, 2013

NiAt SaYa MaHu AwAk JaDi IsTeRi SaYa !!!!



Malam semakin gelap tambahan pula hujan yang turun membasahi bumi...
Tapi saat kedengaran suara awak di telefon bimbit saya...
Seakan cahaya datang menerangi membuat diri ini gembira mendengar kamu berbicara..
Indahnya terasa jika kamu berada disisi bersama dengan diri ini yang merindukan mu...


Disetiap saat aku hanya memikirkan dirimu disana...
Disetiap doaku tidak pernah untuk ku lupa menyebut nama mu...
Aku selalu berdoa agar kamu baik-baik sahaja...
Nyawaku kini adalah dirimu...


Janji yang aku ungkapkan kepada mu...
Bukan sekadar janji manis yang datang dari mulut semata-mata...
Tapi janjiku adalah apa yang ingin aku lakukan dan tunaikan kepada mu..
What i promise to you.. i will fulfill all my promise...


Jika hari ini aku berdiri didepan mu sebagai seorang kekasih...
Bila masa dan waktu nya tiba ...
Berdirinya aku didepan mu adalah sebagai suami mu...


Tiada istilah atau niat sekadar mahu bersamamu waktu ini hanya untuk
melengkapkan diri dengan mempunyai seorang pasangan...
Tapi niat ku bersamamu kini kerana aku ingin menikahi mu
menjadikan dirimu ''ISTERIKU BIDADARIKU'' ...


P/S : -

Makin hari saya makin sayang dan cinta kat awak....
Awak buat hari-hari saya jadi indah sangat dengan ada nya awak disetiap saat...
Awak kalau rindu dan mahu saya disisi awak just tell me...
i will be at your side whenever you need me..



HaTi UnTuKmU !!!



Assalamualaikum CHENTA... (^_^)

Saya bahagia sangat dengan kehadiran awak dalam hidup saya...
Awak selalu menemani dan menceriakan hari-hari saya...
Disaat awak tiada disisi jiwa dan diri ini sungguh tidak bersemangat..
Awak selalu memberikan saya kekuatan dan semangat...


Awak terlalu penting bagi saya...
Awak penjaga hati saya... Awak cinta dan sayang saya..
Saya akan selamanya setia untuk awak...


Awak.. Saat awak ada disisi saya..
Saya gembira dan bahagia sangat...
Terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan saya..


Kadang-kadang bila saya seorang diri saya terfikir...
Saya sekadar insan biasa yang tak mampu berikan apa-apa yang awak hajati..
Tapi saya hanya mampu untuk setia dan selalu menyayangi
serta menyintai awak sepenuh hati saya...
Hanya ketulusan dan kejujuran hati saya serahkan..


Saya sayang sangat kat awak...
Saya akan bersama awak selamanya..


Awak..
Saya tidak mahu apa-apa pun dari awak..
Saya tidak harapkan apa-apa pun untuk awak lakukan..
Tapi saya berharap sangat dari awak..
Selama setia selalu dihati saya..
Kerana awak adalah nyawa saya...


-ADAKAH AWAK CINTA DAN SAYANGKAN SAYA SEPERTIMANA
              SAYA SAYANG DAN CINTAKAN AWAK-

Thursday, June 6, 2013

AKU SELALU SETIA BERADA DIHATI MU !!


Saat dan tika bersama kamu buat aku begitu sempurna dan bahagia sangat..
Kamu selalu ada bersama ku tidak kira waktu dan masa...
Bergurau bersama.. Gelak tawa yang buat aku gembira sangat...
Kamu begitu berharga sekali dalam hidupku...


Pengorbanan dan kesetiaan yang kamu berikan membuktikan padaku
bahawa kamu benar-benar sayang dan cintakan diriku sepenuh hati mu...
Aku terlalu bahagia dengan kehadiran mu wahai penjaga hatiku...
Aku akan selamanya setia untuk mu insan yang aku sayang dan cintai..


Aku mahu kamu tahu hati ini tidak akan pernah berubah untuk yang lain..
Dirimu yang bertakhta di hati dan kamu '' CINTA TERAKHIR KU ''...
Aku mahu bersama kamu sampai akhir hayat ku...
Kebahagiaan ini akan aku jaga sebaiknya...

Aku akan selalu menjaga dan melindungi diri mu...
Aku akan sentiasa berada disamping mu menemani hari-hari kamu..
Aku mahu kamu selalu gembira dan bahagia disetiap saat mu..
Aku SELAMANYA SETIA bersama kamu '' BIDADARI HATIKU ''..


- AKU DAN DIRIMU KINI DAN SELAMANYA -







Sunday, June 2, 2013

BaHaGiA !! BaHaGiA !! BaHaGiA !!



Kehadiran awak memberi saya sinar kebahagiaan yang saya impikan selama ini...
Awak buat saya terlalu gembira dan bahagia sangat bersama dengan awak...
Kasih sayang awak terhadap saya betul-betul saya rasakan ia hadir tulus dari hati awak..
Antara kita sama-sama mengisi kekurangan dari kelebihan masing-masing...


Apabila masa dan waktunya tiba saya akan jadikan awak yang halal buat saya..
Saya akan menikahi awak menjadikan '' dirimu isteriku ''...


Terima kasih awak kerana sudi hadir didalam kehidupan saya dan mahu menjadi
yang terindah dihati saya.. Awak juga selalu menemani saya walaupun hanya
melalui telefon  tetapi semua itu terlalu bererti dan indah sangat bagi saya..
Ketika saya sedang sakit awak selalu memberi saya semangat dan kekuatan
untuk saya melawan kesakitan saya...
''SEMOGA KAKI SAYA NI CEPAT SEMBUH.. BOLEH BUAT KEJUTAN KAT AWAK '' ... (^_^)


Saya hargai sangat-sangat kehadiran awak dihati saya...
Saya disini setia untuk awak....
Awak sentiasa dihati saya...
I WILL ALWAYS LOVE U..
I WILL ALWAYS NEED U...
I WILL ALWAYS BE WITH U..
HANYA KAMU YANG AKU MAHU..
MY PRINCESS '' S.A.B.N. ''


p/s : AKU AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK PASTIKAN DIA BAHAGIA WALAUPUN
KESAKITAN YANG AKU PERLU LALUI... AKU TERLALU SAYANGKAN DIA...
CUKUP BAGI AKU MELIHAT DIA BAHAGIA.. DIA SEGALANYA BAGI AKU...
SIKITPUN TAK AKAN KU IZINKAN DERITA MENGHAMPIRI DIRINYA..




Sunday, May 5, 2013

~ KAMU YANG SLALU ADA DIHATIKU ~


CINTA DAN SAYANG KU BUKAN SATU MAINAN PERASAAN....


Aku tidak pernah terlintas atau terfikir sekadar satu suka-suka sahaja
mahu bersama dia memberi semua rasa dihati aku ini.. Segala rasa dan
perasaan yang aku berikan pada dia semuanya datang tulus dari hati ini..
Hati ini selalu memikirkan si dia.. Diri ini terlalu sangat sayang dan cintakannya..


Setiap hari dia membuat aku semakin terlalu mnyayangi diri nya... Setiap hari
cinta kita bertambah kuat dan utuh.. Saat dia sedang sibuk dan berada di luar,
saat itu dia tidak pernah tahu betapa aku sangat risau dan khuatir memikirkan dirinya..
Adakah dia okey-2 sahaja??... Dia sedang buat apa??.. di mana dia sekarang??..
Kalau boleh nak saja aku berada disisi dia menjaga dan menemani dia agar aku
dapat yakinkan diri aku yang dia dalam keadaan baik-baik sahaja.. Dia terlalu
penting sangat dalam hidup aku...


Aku terlalu percayakan dia.. Aku dapat merasai betapa kuat kasih sayang dan perasaan
 yang datang dari hati nya... Aku juga tahu dia sangat setia untuk aku disana...
Dia segalanya bagi aku..Tiada apa yang indah dalam hidupku melainkan
menjadikan dia isteri ku serta melihat keluarga ku bahagia...
Aku hanya mahu bersama dia hingga ke nafas akhirku..
Hanya si dia cinta hati aku insan yang bernama SITI AFIFAH...


Aku hanya ingin melihat dia bahagia dan gembira dalam hidup dia...
Aku sanggup untuk merasai kesakitan demi untuk melihat dia bahagia..
Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia walaupun hingga melibatkan nyawa aku
sekali pun aku akan lakukan demi dia..


Biarlah aku yang menanggung kesakitan... Biarlah aku yang merasai duka..
Aku tidak mahu sikit pun dia merasai kesedihan.. Aku tak nak sikit pun dia
merasai kesakitan.. Aku hanya ingin dia selalu ceria dengan senyuman dia..
Asalkan aku sentiasa dapat melihat dia gembira kerana senyuman dia sudah
cukup membuat aku tahu yang dia sangat bahagia ketika itu...


TERIMA KASIH AWAK KERANA SELALU BERSAMA SAYA TANPA RASA
JEMU DAN LETIH DENGAN SIKAP SERTA KERENAH SAYA...


p/s :  AKU AMAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI DIRI MU... AKU HANYA
INGIN KAMU BAHAGIA DAN GEMBIRA SELALU.. SELAGI AKU MASIH HIDUP
AKU AKAN SENTIASA MENJAGA DAN MEMBERIKAN KAMU KEBAHAGIAAN ..










Thursday, May 2, 2013

AKU RINDU KAMU !!!



ASSALAMUALAIKUM...
Sudah lama tak open blog... huhu..


Saya kat sini tengah rindukan CHENTA saya..
Saya harap awak kat sana baik-baik sahaja...
Jaga diri taw awak.. Jangan lupa makan taw...
Saya disini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak..


Awak...
Saya nak ucapkan terima kasih kerana selama ini banyak
meluangkan masa bersama saya...
Sentiasa ada bersama saya tidak kira pagi petang dan malam...


Awak...
Saya nak awak tahu yang saya disini setia untuk awak...
Saya disini sentiasa ada untuk awak...
Saya rindu sangat-sangat kat awak..

I LOVE YOU S.A.B.N.


P/S : JAGA DIRI DAN KESIHATAN AWAK TAW.. BILA REHAT MAKAN BANYAK-BANYAK YE..
SAYA SAYANG SANGAT KAT AWAK.. <3 <3 <3

Sunday, April 21, 2013

RiNdU sEtEnGaH MaTi !!!!




Aku.. ingin engkau ada di sini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah


Berat.. hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu

**

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati


Meski telah lama kita tak bertemu
Ku selalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu


repeat **


Aku rindu..
Setengah mati..
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu






Tuesday, April 16, 2013

GeLaK TaWa KaMu MeMbUaTkU rAsA BaHaGia !!!



BAHAGIA... BAHAGIA... BAHAGIA...
Itu yang aku rasai bersama dia...
Ketawa dia membuat hatiku berasa sangat tenang...
Bergurau dan mengusik bersama..
Kadang-kadang sampai tersenyum sorang-sorang
bila teringat apa yang aku ngan dia gurau kan..


Macam bahaya jaa penyakit nii... hehehe..
Mana tak nya.. Bawa moto petang tadi nak pegi kat auntie aku
teringat kat dia yang baru lepas sembang-sembang di telefon..
Tetiba pulak boleh tersengih sorang-sorang..
Naseb lha aku pakai helmet fullface... Kalau tak konfem orang ingat aku ni
GILA apa bawa motor boleh senyum-senyum.. huhu...



P/S :  AWAK.. SAYA SAYANG SANGAT KAT AWAK.. SAYA CINTAKAN AWAK S.A.B.N. ...


I.LOVE.YOU.


Thursday, April 11, 2013

AkU hAnYa iNgiN bErSaMa kAmU !!!!



Cinta bukan mudah untuk dirasakan tapi apabila perasaan
cinta itu sudah mula kuat berputik di hati pasti bermacam perkara
yang sanggup kita lakukan untuk orang yang kita sayang dan cinta...


Hingga membuat kita berasa terlalu lemah dan sakit sangat apabila
orang yang kita sayang itu mendiamkan diri dari kita...
Cinta dan sayang saya ikhlas dari hati hanya untuk kamu
penjaga hati saya 'S.A.B.N.' ...


Saya benar-benar sayang dan cinta kan awak... Saya disini sentiasa
setia untuk awak.. Setia bersama hati dan perasaan saya yang cuma
ada awak.. Saya terlalu menyayangi awak.. Saya ingin sentiasa menemani
dan menjaga awak.. Saya mahu awak selalu gembira dan bahagia bersama saya..


Saya tahu jarak antara kita membuatkan kita susah untuk bertemu..
Tapi ini semua langsung tidak sedikit pun akan membuatkan kita jauh...
Awak sentiasa berada dihati saya setiap saat.. Hanya kamu "S.A.B.N."
selalu saya fikirkan pada tiap-tiap nafas saya..


Saya hanya mahu kamu.. Cuma kamu 'S.A.B.N.' ...
Awak lah semangat dan kekuatan saya...
Awak.. Saya mahu sentiasa bersama awak walau apa keadaan sekali pun..
ketika awak penat saya akan jadi tempat untuk awak berehat..
ketika awak susah hati saya akan jadi teman untuk awak bercerita..
ketika awak sedih saya akan jadi bahu untuk awak bersandar..
ketika awak terlalu lemah saya akan jadi kekuatan untuk awak bangun..
Selamanya saya hanya ingin bersama kamu sampai akhir hayat saya..


P/S : just only u....

Sunday, March 31, 2013

AkU bUkAn yAnG TeRbAeK TaPi AkU aKaN JaDi AnTaRa YaNg TeRbAeK...

( BACA MELALUI HATI AWAK TENTU AWAK AKAN MERASAI PERASAAN SAYA )


Awak buat apa ye sekarang...
Mesti awak tengah tido kan sekarang.. hihi.. :)
Tido tak mahu bunyi kroohh.. kroohh..
Tau-tau awak.. hehehe.. Gurau jew awak..
Suka usik awak yang cepat majok.. Awak sweet sangat bila majok..
peaace awak.. Senyum taau.. (^_^)


Awak..
Bila datang masalah besar..
Awak selalu cakap 'saya ni suka nanges'..
Awak...
Bukan saya saja-saja nak kuar air mata...
Saya sayangkan awak... Saya mencintai awak..
Semuanya datang tulus dan ikhlas dari perasaan hati saya...


Awak.. :'(
Saya tahu 'mungkin' saya bukan yang awak impi dan idamkan..
Saya sedar dengan diri saya yang serba kekurangan..
Saya hanya insan biasa yang mencari seorang bidadari..
Saya bersyukur dan rasa bertuah sebab dapat jumpa bidadari yang indah sangat..


Tapi kan awak...  :'(
Ramai sangat kat luar sana yang mahukan awak..
Saya tahu awak akan cakap 'jangan risau dalam hati awak ada saya'..
Saya tahu dan yakin dengan awak..
Cuma awak tak kan pernah tahu betapa takutnya saya untuk kehilangan
awak yang saya sayang...


Awak... :'(
Saya mahu sentiasa dihati awak..
Dan awak juga sentiasa dihati saya..
Saya bahagia sangat bila dengan awak..
Kadang-kadang bila awak lain sangat ngan saya..
Awak mesti akan cakap ' saya ni suka fikir bukan-bukan'..
Then awak akan diamkan diri dari saya..


Awak.. :'(
Walau waktu tu saya sebak sangat...
Tapi awak tak tahu dan memang saya tak nak awak tahu sikit pun walaupun saya tengah sakit..
Saya mahu mengembirakan awak.. Saya cuba untuk abaikan kesakitan yang saya
sedang lalui sebab saya tak mahu awak diam kan diri dari saya..
Saya mahu memujuk awak kembali..
Saya mahu awak selalu tersenyum dan gelak ketawa..


Awak...
Terima kasih kerana memberi saya senyuman..
Terima kasih kerana menghargai kehadiran saya..
Terima kasih kerana jadi yang terbaek untuk saya...
Terima kasih kerana ingin menjadi isteri dan suri dihati saya...


Siti Afifah...
Amir minta maaf...
Amir mungkin tak mampu menjadi pelangi indah
yang fifah impikan..

Tapi Amir akan berusaha menjadi cahaya yang paling
terang pada tiap-tiap waktu..

Agar Amir dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan di hati fifah setiap masa...




p/s : ABANG SAYANG DAN CINTAKAN CAYANG... SELAMANYA AMIR-AFIFAH...



HaRaPaN SaYa !!!




Harapan saya untuk awak...







Saya Harap Awak..
menyayangi saya macam mana saya sayangkan awak.. :)



Saya Harap Awak..
bahagia setiap masa bersama saya.. :)


Saya Harap Awak..
terima saya dalam hidup awak dengan hati yang ikhlas.. :)

Saya Harap Awak..
percaya dan jujur dengan saya.. kadang2 tu awak takut saya marah
hingga awak pendam tak nak terus terang.. saya taknak masing-masing salah faham :)


Saya Harap Awak..
tabah dan cekal bersama saya walaupun bermacam dugaan yang datang.. :)



Saya Harap Awak..
setia dengan saya walau sejauh mana pun jarak yang memisahkan kita.. :)



Saya Harap Awak..
tidak berahsia dengan saya, kalau boleh semua nak cerita..tapi kadang-kadang ada sesuatu awak sembunyikan dari saya..sampai la saya dapat membaca apa yang awak pendamkan..


Saya Harap Awak..
memahami perasaan dan diri saya ni macam mana.. :)



Saya Harap Awak..
sentiasa bersama saya dalam susah dan senang.. :)


Saya Harap Awak..
terima saya seadanya dan awak redha.. :)



Saya Harap Awak..
sentiasa bersama-sama dengan saya hingga ke akhirnya.. :)




Saya percayakan awak... 
Saya tahu awak sayangkan saya.. 
saya tahu awak benar-benar mencintai saya..
saya tahu awak setia dengan saya..
saya tahu dalam hati awak ada saya..
saya tahu awak sentiasa pegang dan tunaikan janji awak dekat saya...



TERIMA KASIH AWAK.. 



p/s : FOREVER WITH YOU SABN.....




Friday, March 29, 2013

LoVe iS CiNtA !!! ( ^ _ ^ )



Awak...
Saya sayangkan awak..
sayang sangat-sangat...


Awak...
Saya minta maaf tau..
kalau sifat ambil berat saya..
Kalau sikap saya yang selalu risaukan awak..
Buat awak kurang selesa dengan saya..


Saya mahu menjaga awak..
Saya mahu awak sentiasa 'okey'...
Saya mahu sentiasa ada melindungi awak..

Saya Cintakan awak...


Saya mahu bersama awak..
Saya mahu sentiasa ada bersama awak samada suka dan duka..
Saya akan tetap setia untuk awak..
Saya percayakan awak..


Awak...
saya hanya mahu menjadikan awak bidadari dunia dan penyeri hati saya..
Sama-sama kita menanti hari itu tiba ye awak..



p/s: TERIMA NIKAH KU !!!!






Wednesday, March 13, 2013

PeNgHuJuNg CiNtAkU !!!



MY song for you ...
(^_^)

harap awak suka ...
SAYA SAYANGKAN AWAK..
PERCAYALAH SAYA SETIA DISINI UNTUK AWAK..







mAaFkAn SaYa !!!!



Assalamualaikum...


Badan asyik berasa tak selesa sangat sejak kebelakangan ini..
Mungkin sebab cuaca yang tidak menentu kejap panas kejap hujan..
Demam dan sakit kepala ditambah dengan sukar nk nafas memang terbaik la..
Memang nak buat apa pun jadi tak bermaya sangat..


Tapi syukur kepada ALLAH sebab hadirkan seseorang yang sentiasa
memberi saya kekuatan dan semangat untuk saya menjadi tabah..
Terima kasih kepada ALLAH kerana hadirkan seseorang bagi
memberi saya perasaan yang sekian lama saya impikan..


Bila dengar suara dia yang risaukan saya semalam memang buat saya rasa
serba salah sangat.. Saya tak nak dia risau memikirkan saya...
Saya cuba untuk tunjukkan saya kuat dan sihat semata-mata
tak nak dia risau saya sedang sakit dan tak bermaya sangat..
Maaflha awak.. Saya cuba kuat semalam tapi saya tak mampu
sangat nak menahan.. Saya minta maaf awak..
Semalam saya kejap-kejap diam masa perbualan kita bukan saya tak mahu cakap dengan awak..
Tapi saya tak mahu awak tahu saya tengah tahan sakit saya..
Saya tidak mahu sikit pun awak risau memikirkan saya..
Serius saya nak sangat temankan awak.. Maafkan saya ya awak..
Saya mampu berkata 'saya okey dan saya sudah kuat' setelah dengar suara awak..
Memang saya okey sikit sekejap.. Selepas dari itu hanya ALLAH sahaja mengetahui
macam mana keadaan saya ketika itu...
Terima kasih ya awak sebab ambil berat tentang saya..
Hanya awak dihati saya..


Saya sayangkan awak.. Saya cintakan awak..
Maafkan saya ya awak....




p/s : YA ALLAH, HANYA PADAMU HAMBA BERSERAH DIRI... DALAM SUJUDKU MEMOHON
BERILAH HAMBA MU INI KECEKALAN DAN KEKUATAN MENEMPUH RANJAU KEHIDUPAN YANG TELAH ENGKAU RENCANAKAN BUATKU... SEGALA YANG ENGKAU BERIKAN ADALAH YANG TERBAIK BUAT DIRIKU...

Wednesday, March 6, 2013

RiNdU sAmA kAmU !!!



Tahukah sayang disaat ini..
Aku kangen sama kamu...
Setiap malam aku tak pernah..
Berhenti memanggil namamu..


Dan saat aku mulai terlelap..
Sejuta wajahmu hadir dimimpiku..
Dan saat pagi membangunkanku..
Menyadarkan aku terlalu merindu...


Sayang aku kangen...
Kangen kangen kangen...
Aku kangen sama kamu...

Lihatlah sayang keatas sana...
Indahnya gemerlapan bintang...
Mereka semua menemaniku...
Saat ku kangen sama kamu...

<3 <3 <3 <3  S-A-B-N  <3 <3 <3 <3








PeMiLiK HaTi Ku !!!!




Hati ini...
Umpama seperti gelas kaca...
Kalau ia jatuh pasti akan retak..
Dan jika kerap jatuh pasti akan pecah..
Walau dicantum sekali pun ia pasti tidak akan seindah yang asalnya..


Hati ini...
Ikhlas dan tulus menyayangi dan menyintaimu..
Janganlah kau cemari ia dengan ketidakjujuran..
Kau jagalah dengan sebaiknya...


Hati ini..
Hanya satu yang aku miliki..
Kini ku serahkan untukmu menjaganya..
Kerana aku percaya kamu 'PEMILIK HATIKU'...


Hati ini..
Selalu bahagia bersamamu...
Sentiasa menemani mu di setiap nafas-nafas mu..
Hanya dirimu yang bertakhta dihati..


Hati ini...
Akan selalu bersama mu setiap saat..
Akan sentiasa ada di kala suka mahupun duka..
Kerana diri mu cinta hati ku..


Hati ini..
Selamanya dengan mu hingga ke penghujung hidupku..
Akan sentiasa setia bersama mu hingga ke hembusan nafas terakhir..
HANYA KAMU -SABN- ...




p/s : JaNgAn KaU SaKiTi HaTi iNi KeRaNa HaTi iNi bEnAr-bEnAr mEnYayAnGi DaN mEnYiNtAi kAmU aPa AdAnYa....





Monday, March 4, 2013

PeRmAtA HiDuPkU !!!!



Assalamualaikum kawan-kawan.. Semua makin handsome , comel dan cantik...
Makin berseri-seri semua sekarang .. Syukur Alhamdulillah..


Cinta itu memang indah kalau kita mencorakkan ia dengan kejujuran dan keikhlasan..
Kadang-kadang cinta juga mampu membuatkan kita jatuh tersungkur dalam kehidupan
jika terjadinya perpisahan dan perbalahan .. Siapa yang inginkan perpisahan jika kebahagian itu mampu diperolehi bersama...


Alhamdulillah..
Saya bahagia bersama si dia yang selalu ada bersama saya tanpa rasa jemu dan bosan..
Sebagai manusia setiap darinya pasti mempunyai kesilapan masing-masing..
Walaupun kekadang ada antara kami yang berselisihan faham tapi apabila kita jujur baru kita tahu perkara sebenar.. Sesungguhnya kejujuran itu ubat paling mujarab sekali..


Saya percayakan awak.. Saya tahu awak tak akan mempermainkan perasaan hati saya yang tulus saya berikan untuk awak... Masih lagi saya ingat pesanan dari akak angkat saya di melaka... Jika seorang perempuan itu sentiasa ada bersama dan setiap kata-kata serta lafaz cinta yang diungkapkan oleh seorang perempuan itu janganlah diragui kerana perempuan tidak mudah melafazkan kata-kata sayang jika dia tidak benar-benar menyintai kamu..


TERIMA KASIH -SABN- KERANA MENYAYANGI DAN MENYINTAI SAYA...
Sekeping hati yang awak serahkan untuk saya akan saya jaga sebaiknya..
Saya tak akan lukai hati awak walau calar sedikit pun tidak akan saya izinkan ia terjadi...
Sejujurnya saya terlalu bahagia sangat kerana awak sentiasa ada menemani hari-hari saya..
Walau jarak menjadi pemisah antara kita tapi saya suka akan keadaan begini sebab banyak
perkara dapat kita elakkan.. Tapi saya mahu awak tahu yang  SAYA SETIA UNTUK AWAK disini... Biarlah cinta kita dipenuhi dengan cahaya keimanan..
Kelak pasti kamu akan bergelar 'ISTERIKU BIDADARIKU' ....
IN SHA ALLAH.. Kebahagiaan itu pasti akan terjadi apabila waktunya tiba...


p/s :  SAAT YANG DINANTIKAN PASTI AKAN TIBA .. SABAR DAN MENANTI SEMUA PASTI AKAN MENJADI NYATA..










BaWa KaMu pErGi !!!


Dedicated this song for someone i love...

juz 4 u my sweetheart ...


















Bila ada didekatmu

Detak dadaku mengencang

Pesona indah di dirimu

Buat ku mabuk kepayang


Jalan panjang yang kita lalui
Bukanlah sebatas mimpi
Baru kini ku merasakan
Jatuh cinta sesungguhnya


Kau membuat jantung berdebar
Tubuhku bergetar
Saat dengar bisikanmu kasih
Senyummu selalu dihati
Sabarlah menanti
Ku kan bawa kau pergi


Cerita cinta para pujangga
Tak seindah kisah cinta kita
Dan takan ada yang bisa
Merangkainya dalam kata-kata


Kau membuat jantung berdebar
Tubuhku bergetar
Saat dengar bisikanmu kasih
Senyummu selalu dihati
Sabarlah menanti
Ku kan bawa kau
Ku kan bawa kau pergi















Friday, March 1, 2013

CiNtAiMu KeRaNa ALLAH !!!



SYUKUR ALHAMDULILLAH...
TERIMA KASIH YA ALLAH...


Akhirnya kini ku kecapi kebahagiaan bersama seorang muslimah solehah...
Orangnya baik dan berbudi bahasa.. 
Setiap percakapannya begitu lembut dan rendah sahaja nada nya.. 
Aku mengerti dia mahu menjaga setiap tutur bicara kerana suara juga aurat seorang wanita...


Paling saya suka sekali AGAMA itu tetap diutamakan.. Masing-masing menjaga sebaiknya..
Saling mengingati dan tunaikan kewajiban utama itu lebih didahulukan..
Nak tahu tak... Yang membuatkan saya tertarik dengan keperibadian muslimah hati saya ini,
dia bukan sahaja rajin malah pandai memasak..
Sudah cukup ciri-ciri yang ada pada seorang ISTERI MITHALI nii..
BERTUAHNYA... ( ^ _ ^ ) 


Sesungguhnya segala perasaan ini adalah dari kurniaan ALLAH..
Jadi, jangan kita lupakan ALLAH..
Sentiasa berada dilandasan keredhaan ALLAH..
Jauhilah dari kemurkaannya...
Selagi belum berkahwin selagi itu masih mempunyai jarak antara kita..


CINTA itu urusan HATI...
HATI itu urusan ALLAH..
maka jagalha HATIMU..
dan ALLAH akan menjaga HATI untukmu..



p/s :  YA ALLAH, PELIHARALAH SEGALA TINGKAH-LAKU KAMI.. KUATKAN LAH KEIMANAN KAMI TERHADAPMU YA ALLAH.. AMIN YA RABB..

Wednesday, February 27, 2013

aKu JuGa PuNyA PeRaSaAn !!!



Saya sangat bahagia bersama dengan awak...
Saya sayangkan awak... Saya tidak akan sesekali menghancurkan hati awak..
Saya pasti akan mengawini awak menjadi isteri saya kelak..
Cuma buat masa sekarang saya perlu mempersiapkan diri saya dahulu..


Awak...
Bukan niat saya mahu awak menjauhkan diri dari si dia..
Tapi saya tidak mahu ia membuatkan kita saling marah-marah...
Saya mahu menjaga hubungan kita sebaiknya...
Cukuplah segala keperitan dan kesengsaraan yang dahulu pernah dirasai..


Awak..
Bila awak cakap awak baru sahaja berhubung dengan si dia..
Awak tak tahu saya tahan saja air mata saya dari mengalir di depan kawan-kawan saya..
Betapa pedihnya saya rasai saat itu ibarat seperti dicucuk-cucuk hati saya ini..
Tapi saya masih bersabar awak kerana saya percayakan awak..


Awak..
Walau sakit yang saya rasakan tapi saya tak tunjukkn kat awak..
Mungkin awak ingat saya sedang tersenyum sahaja mendengar cerita awak..
Saya tetap bersabar menahan air mata saya sebab saya sayangkan awak..
Walau pun badan saya panas sangat nak demam tapi saya tunjukkan yang saya masih kuat..
Walau pun ketika itu saya terlalu pening sangat tapi saya tetap katakan saya 'okey'..


Awak..
Saya tahu lepas pada tu awak terus tidak sihat..
Sebab tu saya suruh awak makan ubat dan tido..
Bukan niat saya nak jauhkan diri dari awak..
Sebab saya memahami keadaan awak waktu tu..
Saya mahu awak berehat dan tenangkan diri awak..




p/s : SAYA SAYANGKAN AWAK.. SAYA MAHU AWAK CERIA DAN GEMBIRA SELALU..
SELAMANYA AWAK TETAP BERADA DIHATI SAYA..






Saturday, February 16, 2013

SaKiTnYa YaNg AkUi rAsAi !!!!!



Assalamualaikum W.B.T.


Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang melihat indahnya dunia...
Aku perlu lebih kuat lepas ini..
Aku perlu sembuhkan luka dihati ku ini..


Sungguh ku akui kenangan bersama mu..
Gelak tawa serta bual bicara antara kita...
Gurauan yang kita ciptakan bersama..
Perasaan didalam hati ini..
Tidak mungkin dapat ku lupakan..


Saya tidak pernah salahkan awak...
Mungkin janji dan bual bicara antara kita hanya sekadar angan-angan kosong saya..
Tapi tidak mengapa awak.. Ini mungkin kerana kesilapan saya..
Jelas lagi bersuluh, hanya sekali silap telah saya lakukan..
Terus bisa memusnahkan setiap impian dan harapan saya..


Banyak yang telah saya pelajari dari awak..
Terima kasih awak kerana memberi saya peluang untuk menyayangi awak..
Terima kasih kerana sudi mencipta senyuman dengan saya..
Terima kasih kerana membuat saya sedar akan kekhilafan diri ini...
Awak memang seorang muslimah yang baik...


Saya cuba memahami perasaan awak...
Saya cuba memperbaiki diri saya jika itu membuat awak membenci saya..
Saya cuba berkorban bermacam cara untuk buktikan kat awak keikhlasan hati saya...
Saya cuba bersabar menahan sakitnya hati ..
Tapi boleh kah kali ini awak cuba lembutkan hati awak untuk sama-sama
kita memulihkan kembali apa yang cuba kita bina bersama..


Andai kesilapan saya itu membuat awak membenci saya..
Saya susun sepuluh jari..
Dengan khilafnya diri ini memohon maaf dari awak..



p/s: HARAP MASIH ADA SINAR DI HATI AWAK UNTUK SAYA MENIKAHI AWAK DAN
MENJADI SUAMI ISTERI BERSAMA...





Friday, February 15, 2013

UnTuK pRiNcEsS !!!!



Assalamualaikum W.B.T .





Saya akui awak adalah yang istimewa dalam hidup saya..Andai ini adalah kesilapan pertama saya..Saya minta maaf kerana telah mnyinggung hati dan perasaan awak..Saya percaya awak sayang kan saya ...









Saya mahu menjadi milik awak dan hanya awak sahaja... Saya mahu kita bersama selamanya... Saya telah membuat awak keliru dan kecewa... Saya tidak bermaksud menyakiti hati orang yang saya sayang... Saya tidak tahu apa yang berlainan tentang awak.. Tapi awak berbeza dari yang lain.. Itu yang membuat awak istimewa dihati saya.. Saya tetap menanti awak....












p/s :  RINDU SAMA KAMU  !!!!!!






AwAk... MaAfKaN sAyA !!!



Assalamualaikum W.B.T.


Kadang-kadang kita pasti tertanya apakah ungkapan yang kita cakap kan itu salah..
Atau kata-kata kita itu telah melukai hati orang yang kita sayang tanpa kita sangka..


Maafkan saya kekasih hati...
Bukan bererti saya sengaja mahu menyakiti hati awak...
Saya sayangkan awak..
Saya tidak mahu kehilangan awak...
Saya mahu bersama awak hingga ke akhir hayat saya...


Soal hati dan perasaan itu bukan mainan buat kita..
Pengalaman mengajar kita untuk lebih mengerti akan hidup..
Sedikit sahaja luka dihati mampu melemahkan semangat...
Hati walau pun kecil tapi terlalu besar kesakitannya...


Awak yang saya cinta...
Ibarat kata 70% hati awak beri untuk saya..
Kemana pergi nya lagi 30%...
Pasti pelbagai persoalan bermain diminda..
Adakah 30% itu masih milik si dia..
Saya mahukan sepenuhnya BERSAMA saya..
Saya mahu awak menjadi MILIK saya sahaja..


Saya akui silap dan salah saya...
HATI saya MEMERLUKAN awak...
Saya tetap menunggu awak...
Bila semua sudah kembali pulih..
Kembali lah kepada saya..


SAYA TIDAK MAHU KEHILANGAN AWAK...
SAYA MAHU BERSAMA AWAK SELAMA HIDUP SAYA...


p/s : PONTIANAK MENGILAI  RINDU KAN AWAK !!!!





Tuesday, February 12, 2013

BeRuBaH JaDi LaGi bAiK !!!!



Assalamualaikum W.B.T.

Syukur Alhamdulillah kita semua masih diberi kesihatan diri..
Semasa kita semua masih diberi nikmat hidup ini marilah kita sama-sama
memperbanyakkan amal didunia untuk sama-sama kita
mendapat kebaikan di akhirat kelak..


Sesungguhnya, begitu bertuah bagi hambanya yang diberi hidayah
untuk berubah ke jalan ALLAH... Hati manusia jika keras susah untuk
dilunturkan mnjadi lembut... Semoga Ujian dan hidayah dari ALLAH
mampu melembutkan hati yang sekeras batu itu...


Biarlah satu dunia membenci dengan perubahan mu itu...
Jangan sampai ALLAH membenci mu..
Biarlah jika orang disekeliling mu tidak mahu lagi mendengar kata-kata mu..
Kerana ALLAH sentiasa ada untuk mendengar rintihan dan doa hamba-hambanya..
Biarlah jika tiada seorang pun mahu berada bersama mu lagi..
Kerana ALLAH sentiasa berada bersama hambanya..


Ingatlah...
Bukan orang disekeliling yang akan membawa kita ke syurga..
Bukan orang disekeliling yang akan bersama kita menghadapi azab dosa kita..
Perubahan itu bermula dari hati kita sendiri semuanya berlaku kerana ALLAH..
Kita yang menentukan arah tuju kita..
Kita yang menentukan jalan mana yang akan di lalui..
Bangunlah dari terus dibuai lena dan berubah menjadi lebih baik..



p/s : HIDUP INI BUKAN SEPERTI REMOTE YANG BOLEH NAK REWIND DAN FORWARD..
SO.. THINK WHAT YOU SHOULD DO THE BEST FOR YOUR LIFE... (^_^)





Sunday, February 10, 2013

CoReTaN bUaT BaKaL iSTeRi !!!!



Assalamualaikum w.b.t


Untuk awak seorang gadis yang memiliki tulang rusuk saya..
Saya tahu awak sedang menanti saya untuk menjemput awak..
Saya tahu awak sedang bersedia mempersiapkan diri awak
untuk membina mahligai perkahwinan bersama saya..



Untuk awak yang bakal menjadi isteri saya kelak...
Saya percaya awak adalah jodoh yang terbaik ALLAH beri untuk saya..
Saya percaya awak akan menjadi isteri yang solehah..
Saya percaya awak akan sentiasa taat disisi saya..
Saya percaya awak akan sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk saya..



Untuk awak yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak saya..
Saya yakin awak mampu mendidik anak-anak saya dikala saya sudah tiada..
Saya yakin awak mampu mngajar anak-anak saya menjadi anak yang taat..
Saya yakin awak mampu melayan kerenah mereka dengan penuh kesabaran..
Saya yakin awak 'IBU MITHALI' untuk anak-anak saya...


Awak adalah anugerah yang tak ternilai harganya
yang telah ALLAH berikan kat saya...
Saya pasti menjaga sebaiknya kerana ketika itu
awak adalah NYAWA dan SEMANGAT saya...
Saya akan menjadi yang terbaik untuk awak...




p/s :  BERSAMA KITA MENUJU KE JANNATUL FIRDAUS...


(^_^)  _+_  (^_^)




HaDaPi DeNgAn TaBaH uJiAn iLaHi !!!



Assalamualaikum w.b.t.
Syukur kepada ilahi kerana hari ini kita masih
diberikan peluang untuk merasa nikmat kehidupan lagi..
Betapa indahnya kurniaan ilahi...
Semalam diberikan kita rasa gembira dan bahagia..
Hari ini diberikan kita rasa sedih dan kecewa..
Besok dan lusa belum tentu kita tahu apa bakal menimpa..


Kadang-kadang kita melalui pelbagai ujian-NYA dengan tabah..
Tapi kadang-kadang kita pasti akan mengeluh dengan dugaan ilahi..
Semua yang kita lalui seharian dalam kehidupan kita sememangnya
telah dirancang dalam perjalanan hidup kita dari mula hadir didunia sehinggalah kita mati..
Semua ini bukan sengaja ALLAH lakukan..
Bukan diberi-NYA  kita kesusahan sebab tidak sayangkan kita..
ALLAH itu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Tidak mungkin ALLAH menguji kita tanpa sebab..
Kadang-kadang kita lupa mahu bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan..
Segalanya yang terjadi kerana ALLAH sayangkan kita..
Ujian ALLAH hadapilah dengan kesabaran dan berdoalah kepada yang esa..
Telas tertulis di dalam Al-Quran yang ALLAH tidak akan menguji hambaNya 
diluar kemampuan hambaNya. ALLAH tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya..
Jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita...
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.


Setiap yang berlaku itu ada hikmah..
Dari ujian-NYA telah dirancangkan suatu yang terbaik untuk hambanya..
Semoga kita semua bersedia menghadapi setiap ujian ilahi dengan penuh kesabaran..
Jadilah manusia yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan ilahi..
Sesungguhnya ujian-NYA sekadar ingin menguji keimanan dan kesabaran hambanya..



p/s : KADANG-KADANG ALLAH TIDAK BERI APA YANG KITA MOHON TAPI 
MEMBERIKAN KITA YANG SEBALIKNYA.. SESUNGGUHNYA ALLAH TAHU
APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.. REDHA DAN BERSYUKUR !!!





Saturday, February 9, 2013

AzAb MeNiNgGaLkAn SoLaT !!!!



12 azab meninggalkan solat...


Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda :
''Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka akan
ditimpa 12 azab kepadanya''..


3 darinya akan dirasakan semasa didunia ini antaranya :

# ALLAH akan menghilangkan berkah dari usahanya dan
begitu juga rezekinya..

# ALLAH akan mencabut cahaya hidaya dari dalam dirinya..

# Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman..


3 macam bahaya adalah ketika hendak mati, antaranya :

# Roh dicabut ketika dia didalam keadaan yang sangat haus
 walaupun ia telah meminum seluruh air..

# Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar..

# Dia akan dirisaukan akan hilang imannya..


3 macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur,
antaranya :

# Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat munkar dan nakir..

# Kuburnya akan menjadi gelap gelita..

# Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang
rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) ..


3 azab lagi nanti dihari kiamat, antaranya :

# Hisabnya menjadi sangat berat..

# ALLAH sangat murka kepadanya..

# ALLAH akan menyiksanya dengan bara api neraka..




p/s : Sekadar renungan buat semua.. Fikirkan dan selamat beramal...






Monday, February 4, 2013

pErJuAnGaN kU MaSiH JaUh !!!



Assalamualaikum w.b.t. wahai teman-teman sekalian...
Apa khabar kamu semua.. Saya doakan semua dalam keadaan sihat-sihat sahaja..
Seronok la kan tidak lama lagi nak bercuti tahun baru cina..
Mesti semua sudah ada perancangan masing-masing...
Nak ikut pergi bercuti sekali boleh ?? hehehe.. juz kidding..


Bermacam dugaan telah aku lalui selama ini..
Pelbagai ujian telah aku harungi sendirian..
Akhirnya sejak kebelakangan ini aku tertewas jua..
Aku kecundang di atas rasa cinta terhadap insan..


Perasaan itu melupakan aku akan diri ku..
Perasaan itu melalaikan aku dengan waktu ku..
Perasaan itu merosakkan akhidah dan pemikiran ku..
Perasaan itu menghancurkan keimanan ku..
Perasaan itu mengucar-kacirkan ketaqwaan ku..
Perasaan itu menghuru-hara hati ku..


Biar yang dahulu tidak berulang kembali..
Apabila jiwa mu dapat di kawal oleh iblis..
Nescaya keuntungan yang dia perolehi..
Bisa menjahanam kan kamu...
Kuatkan keimanan mu wahai teman..
Agar sama-sama kita beroleh manfaat hidup..


Jalan terbaik adalah muhasabah diri..
Dekatkan diri dengan ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar doa hambanya...
Ku bentangkan sejadah di kamar bilik...
Kedua tangan ku bergetar..
Ku tadah memohon doa serta petunjuk ilahi..
Berilah hamba-MU ketenangan melalui liku-liku hidup..
Agar dapat ku berjuang di atas jalan-MU...


Ya ALLAH..
Tika sekarang ramai umat islam berjuang mempertahankan agama..
Tika sekarang rakyat-rakyat di negara islam diancam pelbagai musibah..
Tapi hamba-Mu ini masih terperangkap dengan cinta duniawi yang
tidak memberi apa-apa keuntungan di dunia mahupun di akhirat...


Ya ALLAH , Ya Rahman , Ya Rahim...
Ampunikan dosa hamba mu..

JAZARAKALLAH...
ALLAHU AKBAR...