Assalamualaikum...
Apa khabar semua.. Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera..
Macam mana kehidupan kamu semua hari ini.. Mesti banyak yang kamu hadapi hari ini..
Alhamdulillah.. Saya sihat sahaja pada hari ini.. Tak sabar rasanya nak memulakan
tugas untuk bekerja.. Hehe.. Feeling so excited...
Lumrah kehidupan manusia kadang-kadang kita berada diatas dan kadang-kadang
kita berada di bawah memerhatikan yang lain... Percayalah sesuatu usaha dan niat yang
bersungguh-sungguh yang kita lakukan.. kita semua mampu mencapai apa yang kita hajati...
Jalan terus kehadapan dan jangan mengalah jika tidak berjaya atau kita menemui jalan buntu
sekalipun tetaplah teruskan langkahmu dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik terus maju..
Tapi ingatlah jangan terlalu mahu mencapai sesuatu yang terlalu tinggi hasratnya melebihi
dari daya upaya kita.. Setiap yang lahir telah ditetapkan bagi mereka kebolehan dan
kemampuan seseorang dalam melalui kehidupan seharian... Ingatlah walau hanya sekadar
menjual buah-buahan itu bukanlah sesuatu perkara yang mensia-siakan...
Setiap orang punya rezeki masing-masing.. Ada yang sikit dan ada yang terlalu banyak sekali..
Yang sikit itu kadang lebih mulia hatinya dari yang banyak rezekinya...
Semua ini sudah acapkali kita lihat dalam masyarakat di Malaysia ini..
Yang sedikit rezekinya itu selalu bersyukur dengan apa yang diperolehi walaupun
sekeping RM1 berbanding dengan orang yang mampu memperolehi RM1Ribu tapi
mereka tetap merasa tidak cukup dan menginginkan lebih lagi...
Begitu juga jika anda inginkan seorang isteri jangan terlalu mahu yang terlalu sempurna..
Kerana kesempurnaan hanya sementara.. Bila sudah tua tetap sama berkedut jua wajahnya..
Putih beruban juga rambutnya bila sudah lanjut usia.. Kesempurnaan belum tentu dapat menjanjikan kebahagiaan.. Hanya kejujuran dan kesetiaan sememangnya ramuan terbaik perhubungan..
Cuba cari jalan penyelesaian dan memperbaiki apa yang telah dilakukan serta
perbanyakkan kasih sayang.. Saling memahami dan sentiasa menjaga hati satu sama lain..
Kebahagiaan pasti akan kamu miliki.. Kepercayaan juga memainkan peranan yang amat
penting dalam perhubungan..
Jika sesuatu hal itu berlaku dan bermacam persoalan bermain di minda anda terus saja
bertanya sebab dan puncanya pada seseorang itu.. Mungkin kita boleh bertanya pendapat
orang lain tapi belum tentu orang lain mampu mengetahui apa sebenarnya yang tersirat
dihati orang itu...
Orang lain itu sekadar mampu memberi pandangan tapi yang ada jawapan bagi persoalan
di minda kamu itu adalah insan yang sedang kamu fikirkan itu..
Hidup memang mudah jika kita hanya boleh menggunakan remote untuk
forward, pause dan rewind serta dapat edit dan mengatur perjalanan hidup kita..
Tapi ini kehidupan sebenar bukan cerita fantasi.. Kita hidup dalam dunia nyata..
Dimana kita hanya melakukan apa yang telah ditetapkan untuk perjalanan hidup kita
dari bernyawanya kita di dalam rahim ibu sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..
Seseorang itu mungkin sedang tersenyum dihadapan kita apabila kita membuat dia marah
tapi adakah itu semua kerana hatinya tiada perasaan..
Walhal hakikatnya dia sedari hatinya telah kita sakiti tapi kerana rasa sayang dan
cinta terhadap diri kita.. Dia cuba mengukirkan senyumannya sekadar mahu kita tahu
yang dia tiada apa-apa...
Orang yang sentiasa bersabar dan bersyukur di dalam setiap perkara itu sememang seorang
yang hebat.. Bukan semua orang mampu bersabar dalam semua perkara..
Kerana kesabaran perlukan kekuatan emosi yang tinggi...
Manusia yang sentiasa bersyukur akan setiap yang mereka miliki dan perolehi
adalah manusia yang hidupnya sentiasa tenang dan gembira..
Bagi mereka apa yang ada dalam hidup mereka sudah cukup membahagiakan..
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini... Melalui liku-liku dan ragam dalam
perjalanan hidup membuatkan aku menjadi manusia yang cekal serta mengajarkan aku
untuk sentiasa bersabar di dalam setiap apa yang aku hadapi..
Aku berterima kasih kepada-
~MU YA ALLAH~
~IBU yang bertarung dengan nyawanya untuk melahirkan aku~
~ABAH yang tanpa pernah mengeluh kepenatan untuk keluar mencari rezeki untuk anak isteri~
~KELUARGAKU yang sentiasa memberi sokongan dan semangat~
~KAWAN-KAWAN yang tanpa jemu sentiasa ada membantu aku~
~INSAN DI HATIKU yang sentiasa memberi aku kekuatan dan keyakinan~
THANK YOU BECAUSE ALWAYS BE WITH ME !!!
No comments:
Post a Comment