Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Sunday, May 5, 2013

~ KAMU YANG SLALU ADA DIHATIKU ~


CINTA DAN SAYANG KU BUKAN SATU MAINAN PERASAAN....


Aku tidak pernah terlintas atau terfikir sekadar satu suka-suka sahaja
mahu bersama dia memberi semua rasa dihati aku ini.. Segala rasa dan
perasaan yang aku berikan pada dia semuanya datang tulus dari hati ini..
Hati ini selalu memikirkan si dia.. Diri ini terlalu sangat sayang dan cintakannya..


Setiap hari dia membuat aku semakin terlalu mnyayangi diri nya... Setiap hari
cinta kita bertambah kuat dan utuh.. Saat dia sedang sibuk dan berada di luar,
saat itu dia tidak pernah tahu betapa aku sangat risau dan khuatir memikirkan dirinya..
Adakah dia okey-2 sahaja??... Dia sedang buat apa??.. di mana dia sekarang??..
Kalau boleh nak saja aku berada disisi dia menjaga dan menemani dia agar aku
dapat yakinkan diri aku yang dia dalam keadaan baik-baik sahaja.. Dia terlalu
penting sangat dalam hidup aku...


Aku terlalu percayakan dia.. Aku dapat merasai betapa kuat kasih sayang dan perasaan
 yang datang dari hati nya... Aku juga tahu dia sangat setia untuk aku disana...
Dia segalanya bagi aku..Tiada apa yang indah dalam hidupku melainkan
menjadikan dia isteri ku serta melihat keluarga ku bahagia...
Aku hanya mahu bersama dia hingga ke nafas akhirku..
Hanya si dia cinta hati aku insan yang bernama SITI AFIFAH...


Aku hanya ingin melihat dia bahagia dan gembira dalam hidup dia...
Aku sanggup untuk merasai kesakitan demi untuk melihat dia bahagia..
Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia walaupun hingga melibatkan nyawa aku
sekali pun aku akan lakukan demi dia..


Biarlah aku yang menanggung kesakitan... Biarlah aku yang merasai duka..
Aku tidak mahu sikit pun dia merasai kesedihan.. Aku tak nak sikit pun dia
merasai kesakitan.. Aku hanya ingin dia selalu ceria dengan senyuman dia..
Asalkan aku sentiasa dapat melihat dia gembira kerana senyuman dia sudah
cukup membuat aku tahu yang dia sangat bahagia ketika itu...


TERIMA KASIH AWAK KERANA SELALU BERSAMA SAYA TANPA RASA
JEMU DAN LETIH DENGAN SIKAP SERTA KERENAH SAYA...


p/s :  AKU AMAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI DIRI MU... AKU HANYA
INGIN KAMU BAHAGIA DAN GEMBIRA SELALU.. SELAGI AKU MASIH HIDUP
AKU AKAN SENTIASA MENJAGA DAN MEMBERIKAN KAMU KEBAHAGIAAN ..










No comments: