Wednesday, March 13, 2013
mAaFkAn SaYa !!!!
Assalamualaikum...
Badan asyik berasa tak selesa sangat sejak kebelakangan ini..
Mungkin sebab cuaca yang tidak menentu kejap panas kejap hujan..
Demam dan sakit kepala ditambah dengan sukar nk nafas memang terbaik la..
Memang nak buat apa pun jadi tak bermaya sangat..
Tapi syukur kepada ALLAH sebab hadirkan seseorang yang sentiasa
memberi saya kekuatan dan semangat untuk saya menjadi tabah..
Terima kasih kepada ALLAH kerana hadirkan seseorang bagi
memberi saya perasaan yang sekian lama saya impikan..
Bila dengar suara dia yang risaukan saya semalam memang buat saya rasa
serba salah sangat.. Saya tak nak dia risau memikirkan saya...
Saya cuba untuk tunjukkan saya kuat dan sihat semata-mata
tak nak dia risau saya sedang sakit dan tak bermaya sangat..
Maaflha awak.. Saya cuba kuat semalam tapi saya tak mampu
sangat nak menahan.. Saya minta maaf awak..
Semalam saya kejap-kejap diam masa perbualan kita bukan saya tak mahu cakap dengan awak..
Tapi saya tak mahu awak tahu saya tengah tahan sakit saya..
Saya tidak mahu sikit pun awak risau memikirkan saya..
Serius saya nak sangat temankan awak.. Maafkan saya ya awak..
Saya mampu berkata 'saya okey dan saya sudah kuat' setelah dengar suara awak..
Memang saya okey sikit sekejap.. Selepas dari itu hanya ALLAH sahaja mengetahui
macam mana keadaan saya ketika itu...
Terima kasih ya awak sebab ambil berat tentang saya..
Hanya awak dihati saya..
Saya sayangkan awak.. Saya cintakan awak..
Maafkan saya ya awak....
p/s : YA ALLAH, HANYA PADAMU HAMBA BERSERAH DIRI... DALAM SUJUDKU MEMOHON
BERILAH HAMBA MU INI KECEKALAN DAN KEKUATAN MENEMPUH RANJAU KEHIDUPAN YANG TELAH ENGKAU RENCANAKAN BUATKU... SEGALA YANG ENGKAU BERIKAN ADALAH YANG TERBAIK BUAT DIRIKU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment