Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Monday, February 3, 2014

Alhamdulillah !!!

Ya Allah...
Hamba bersyukur kepada-MU kerana menemukan aku dengan seseorang
yang memberikan aku kasih sayang dan kebahagiaan yang aku cari selama ini...
Kini aku dan dia semakin dekat sekali... Takkan aku melangkah jauh dari dia..
Biarlah aku disini terus berada disamping dirinya... Dia insan teristimewa dalam hidupku...


Kasihku...
Andai awak baca blog saya ini... Saya mahu awak tahu saat ini hati saya sedang
memikirkan awak... Saya merindukan awak walaupun kita sering bertemu tapi bila awak tiada
disisi hati ini amat rindukan awak... Tak dapat untuk saya mengukap apa yang hati ini rasa...
Tapi semua rasa dihati ini hanya ada dirimu dan diriku....


Kasihku...
Andai mampu diri ini membiarkan hati ini berbicara tentu sekali kamu akan mengerti
betapa dirimu segalanya dalam hidupku... Aku menyayangimu tanpa lelah...
Aku menyintaimu dengan separuh nyawaku milik kamu.. Aku ingin hidup bersama
kamu hingga ke penghujung nyawaku...


Kasihku...
Aku sentiasa ingat akan janji-janji kita bersama... Aku pegang dengan janji dan
kata-kata aku terhadap kamu... Satu persatu akan aku kotakan.. Aku mahu kamu tahu
aku benar-benar mahu bersama kamu selama aku bernafas..


Kasihku...
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya aku... Menerima setiap kekurangan
yang ada pada diri ini.. Membenarkan aku memiliki hati mu... Aku akan sentiasa
menjaga hati mu dan tidak sesekali aku mempermainkan hati mu...


Kamulah cinta hati ku SITI AFIFAH BINTI NORDIN....



No comments: