Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Wednesday, August 6, 2014

Horse Farm !!!!


Assalamualikum kawan-kawan semua..
Korang semua apa khabar? Hope semua dalam keadaan baik dan gembira selalu...


Cerita hari ni tentang ladang kuda... hihi..
Ini pertama kali hang out bersama cik tunang selepas pada majlis pertunangan kami...
Petang tu cik tunang ajak pegi makan char keow teow kat kedai abang an...
Sedap char keow teow special kat situ.. Udang pun besar-besar...


Char keow teow dengan sirap limau ais...

Lepas pada makan tu apa lagi saya pun bagi idea kat cik tunang ajak pegi ladang kuda
yang terletak berhampiran pantai malindo di sungai burung... 
Sampai saja kat sana terus menuju ke kaunter...  Bayaran yang dikenakan juga agak 
berpatutan.. Rm3 untuk kanak-kanak dan Rm5 untuk dewasa.. Bagi yang mahu menunggang
kuda akan dikenakan charge Rm20 bagi dewasa dan Rm 10 bagi kanak-kanak....
Alang-alang dah sampai disana teringin juga nak bagi kuda makan... Kami pun beli 
rumput yang berharga Rm5 sebakul... 



 













Suka sangat saya tengok cik tunang hepy petang ni... Dapat main ngan kuda chumil...
Cik tunang suka seekor kuda tu.. Kecik dan jinak... Tengok cik tunang berani ja 
belai kuda tu... hihi... 




Lepas ni plan nak bawa cik tunang pegi zoo taiping plak... InshaAllah ada rezeki bulan depan
kita pegi sana ya cik tunang.... Selesai sudah di ladang kuda ni kami terus gerak pergi 
klinik murni... Cik tunang tak berapa sihat.. 






Cik tunang buat hari-hari saya rasa gembira dan bahagia sangat....
Kalau boleh nak sentiasa ada disisi cik tunang jaa...
Terubat rindu semalam bila dapat bersama cik tunang...
U ALWAYS IN MY HEART MY FUTURE WIFE....


P/S : Agak-agak nanti waktu lepas bersanding nak berarak naik kuda pusing-pusing
okey juga kan... (^_^)








Tuesday, August 5, 2014

Bertunang dan Dugaan !!!!



Selamat pagi semua....
Menanti azan subuh berkumandang... Sempat lagi nak update entri lagi ni...
Dari satu coretan ke coretan yang lain... Aku membaca tentang dugaan dalam pertunangan..
Memang tak disangka mereka yang mengalaminya mengatakan dugaan yang datang lebih hebat..


Dalam satu blog tu aku ada terbaca dari pertunangan ni hanya menanti satu langkah
untuk menuju ke gerbang perkahwinan... Walhal korang semua pun tahu yang perkahwinan
ini amat dibenci sama sekali oleh syaitan laknatullah.... Iyalah perkahwinan ni kan untuk
menghalalkan sesuatu perhubungan itu... Pada tempoh ni lah syaitan dan kuncu-kuncu akan
keluar menyerang dua insan yang bertunang... Kegagalan dalam bertunang akan membuatkan
mereka bersorak kegembiraan... Itukan janji mereka... Kerana perkahwinan ini akan membuat
mereka semakin susah untuk mendekati pasangan ini...


Dari rancangan yang dimanipulasikan oleh syaitan dalam akal fikiran manusia ni lah akan
bermulanya bermacam dugaan... Dari emosi kita hingga ke minda serta jiwa kita akan mereka
cuba kucar kacirkan... Ini semua kerja mereka...


Setiap kali dugaan yang datang sabar dan istifar itulah kunci untuk kita mengelak wasangka
yang tidak elok dari bisikan syaitan...


Semoga Allah memberi perlindungan kepada kami... Jauhilah kami dari bisikan iblis...
Kuatkan hati kami dalam melalui alam pertunangan ini... Hanya ENGKAULAH yang memiliki
hati-hati kami ini YA ALLAH... Andai kami hampir terjatuh kau limpahkan kami kekuatan
untuk kami bangun kembali... Hanya dari-MU Ya ALLAH  hamba memohon pertolongan.. Sesungguhnya hanya engkau yang maha berkuasa lagi maha adil....


Masa tadi baca satu blog tu terjumpa tip menghadapi dugaan bertunang ni..

1) BERFIKIRAN POSITIF

2) BERDOA PADA ALLAH AGAR ANDA DAN PASANGAN TERPELIHARA DARI GODAAN         SYAITAN

3) BERSIKAP TOLENRASI DAN SENTIASA BAWA BERBINCANG

4) CUBA BERSIKAP MENGALAH DAN BERSABAR

5) SETIALAH KEPADA TUNANG ANDA.. JIKA ANDA DIGANGGU OLEH PIHAK KE-3...
INGAT SAAT ANDA DAN TUNANG ANDA BERSAMA... SUKA DAN DUKA BERSAMA...

6) SIAPKAN FIZIKAL DAN MENTAL ANDA... JIKA SALAH SEORANG TERJATUH.. BIMBINGLAH DIA DAN PERTAHANKAN PERHUBUNGAN ANDA...


SEMOGA SAYA DAN MRS. TUNANG DAPAT TEMPUHI DUGAAN INI DENGAN HATI
YANG TABAH...


P/S : SYAITAN AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH SAAT ANAK ADAM INGIN
MENIKAH... MEREKA AKAN CUBA MEROBOHKAN MASJID YANG INGIN DIBINA..
ITULAH KEJAYAAN PALING BESAR BAGI MEREKA...


Aku KiNi TuNang Dia !!!



Assalamualaikum semua...
Maaflha yew dah lama tak update status kat blog ni...
Makin hari makin sibuk dengan kerja.. Bila cuti plak digunakan untuk rest secukupnya.. hihi..
Apa-apa pun saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA... Walhal dah raya ke-8 pun.. peace...
Kalau ada salah dan  silap selama berbicara di dalam blog ni saya mohon maaf ya.. kosong-kosong..


Alhamdulillah... Korang nak tahu tak bulan syawal yang mulia ni saya bukan saja
menyambut hari raya tapi bermula satu langkah menuju ke gerbang perkahwinan....
Pada 30 julai 2014 iaitu pada raya ke-3 tepat jam 3 lebih maka tertulislah dalam diari hidupku
kini bergelar tunang kepada siti afifah...






Tema kami pink plus biru... hihi...
Syukur kepada ALLAH diatas segala yang telah direncanakan...
Aku balik lepas pada selesai semua sesudah solat asar terus aku bersujud pada ALLAH...
Menitis air mata kegembiraan saat aku bersujud atas apa yang aku impikan selama ini untuk
menjadikan dia teman hidup aku hingga ke akhir waktu ku kini Allah tunaikan satu persatu....


Ya Allah...
Hanya engkau yang menentukan segala apa yang engkau ingini..
Kepada-MU jua hamba akan kembali kemudian hari...
Berilah hamba kekuatan dalam menempuhi apa jua ujian dari-MU...
Hanya pada-MU  Ya rabb hamba memohon...
Hamba bersyukur atas kehendak-MU...
Engkau tunaikan doa hamba ini...
Tiada yang dapat hamba ungkapkan...
Hanya ungkapan ALHAMDULILLAH yang bersuara dihati hamba...



P/S : 30/7/2014 MENJADI TARIKH BERSEJARAH DALAM HIDUP AKU YANG AKAN AKU 
INGAT SELAMA HIDUP AKU...


Sunday, March 9, 2014

TeNtAnG KiTa


Manis itu sungguh indah bila disulami dengan nilai kasih sayang sejati...
Kehadiran dirimu sungguh bererti memberikan diriku makna yang mendalam..
Walau beribu rintangan dan onak duri terpaksa aku hadapi...
Semua itu sedikit pun tak pernah melemahkan aku untuk terus berdiri...


Kau menyapa aku dengan senyuman yang sentiasa membuat aku terbayang..
Dalam sunyi aku kerinduan menanti saat bilakah kita akan bertemu...
Semuanya mengajarku erti kesetiaan dan kesabaran...


Dikala kau sedang sendirian bermacam persoalan timbul diminda...
Apakah kau sedang baik-baik sahaja disana...
Bagaimana keadaan dirimu adakah semuanya seperti biasa...
Aku tak mahu apa-apa2 pun berlaku terhadap dirimu..


18 FEBRUARY... Sentiasa berlegar di ingatanku...
Saat indah kamu dan diriku...
Begitu membuatkan aku berasa begitu gembira sekali...
Detik dan saat itu akan sentiasa aku ingat...
Kerana disitulah terciptanya kisah 'KAU DAN AKU'..


Hari demi hari kita lewati bersama..
Kau ciptakan kenangan buatku kenang sentiasa..
Di saat sang mentari mula menyinar..
Bermula kembali perjalanan cerita kita..
Setelah semalaman enak dibuai mimpi...
Hadirmu memberi ku keindahan..
Indahnya aku dan dirimu dalam mengecap perhubungan..
Kau beriku bahagia kau beriku gembira...

TERIMA KASIH BUAT INSAN TERINDAH DALAM HIDUP KU..
SITI AFIFAH BINTI NORDIN





Monday, February 3, 2014

Alhamdulillah !!!

Ya Allah...
Hamba bersyukur kepada-MU kerana menemukan aku dengan seseorang
yang memberikan aku kasih sayang dan kebahagiaan yang aku cari selama ini...
Kini aku dan dia semakin dekat sekali... Takkan aku melangkah jauh dari dia..
Biarlah aku disini terus berada disamping dirinya... Dia insan teristimewa dalam hidupku...


Kasihku...
Andai awak baca blog saya ini... Saya mahu awak tahu saat ini hati saya sedang
memikirkan awak... Saya merindukan awak walaupun kita sering bertemu tapi bila awak tiada
disisi hati ini amat rindukan awak... Tak dapat untuk saya mengukap apa yang hati ini rasa...
Tapi semua rasa dihati ini hanya ada dirimu dan diriku....


Kasihku...
Andai mampu diri ini membiarkan hati ini berbicara tentu sekali kamu akan mengerti
betapa dirimu segalanya dalam hidupku... Aku menyayangimu tanpa lelah...
Aku menyintaimu dengan separuh nyawaku milik kamu.. Aku ingin hidup bersama
kamu hingga ke penghujung nyawaku...


Kasihku...
Aku sentiasa ingat akan janji-janji kita bersama... Aku pegang dengan janji dan
kata-kata aku terhadap kamu... Satu persatu akan aku kotakan.. Aku mahu kamu tahu
aku benar-benar mahu bersama kamu selama aku bernafas..


Kasihku...
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya aku... Menerima setiap kekurangan
yang ada pada diri ini.. Membenarkan aku memiliki hati mu... Aku akan sentiasa
menjaga hati mu dan tidak sesekali aku mempermainkan hati mu...


Kamulah cinta hati ku SITI AFIFAH BINTI NORDIN....