Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para kembara alam maya... 👋👋👋
pengabdian diri kita terhadap kehidupan dunia untuk kita bawa sebagai bekalan di akhirat kelak...
Setiap manusia punya pelbagai liku dan jalan cerita tersendiri.. Semuanya pasti lalui detik gembira, bahagia, suka , duka, sedih dan kecewa...
Namun cara dan sikap kita mengolah sesuatu keadaan itu ke arah yg baik dan lebih baik itu semuanya terletak pada 'DIRI KITA SENDIRI'...
Kita tidak boleh mengharapkan orang merubah untuk keselesaan diri kita.. Tapi keselesaan itu hadir dari perubahan yang positif yang kita sendiri semai...
Jika kita mengubah diri kearah negatif maka kita sendiri yang mencipta suasana dan persekitaran yang membuat diri kita memberontak dengan perjalanan hidup kita itu..
Sebab itu lah jika sedang dalam emosi yang tidak tenang jangan kita membuat satu tindakan melulu kerana apa yang kita lakukan ketika itu hanya mengikut emosi dalam diri kita...
Justeru itu, hindarilah sifat berdendam dan iri hati kerana sifat ini paling hebat dan dasyat sekali.. Bilamana kita terjerumus memang agak sukar untuk kita punya kesedaran rohani.. Setiap detik kita hanya akan dipenuhi dengan sifat amarah dan tidak tenteram..
Apa-apa sekali pun yang datang melanda menimpa kita, ingat satu Allah sentiasa bersama kita..
Penuhi jiwa mu dengan zikrullah.. Kerana zikir ini ubat yang paling hebat menyejukkan hati yang sedang bergelora...
Penuhi minda mu dengan tanggapan yang positif dan senyum walau apa sekali yang menduga..
Tidak salah dan tidak membuatkan dirimu terhina jika kita menjadi manusia yang sentiasa mengalah dalam setiap perkara..
Mengalah bukan bererti anda lemah tapi sebenarnya anda penat untuk membentuk satu suasana yang menyakitkan.. Cukuplah dengan mengalah mampu membuat anda tenang dan gembira walhal kebenaran tetap anda ketahui..
Percayalah, disetiap ruang-ruang kehidupan yang menyedihkan serta menyulitkan anda sebenarnya Allah telah tetapkan sesuatu yang terbaik dan mengembirakan buat anda... Allah mahu kita bersabar dalam ujian yang mendatang untuk anda hebat bila menerima anugerah nikmat dariNYA...