Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Monday, December 7, 2020

ReNcANa KeHiDuPaN !!!


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para kembara alam maya... 👋👋👋

 

Alhamdulillah di kesempatan ini kita semua masih diberi kenikmatan dalam meneruskan
pengabdian diri kita terhadap kehidupan dunia untuk kita bawa sebagai bekalan di akhirat kelak...

Setiap manusia punya pelbagai liku dan jalan cerita tersendiri.. Semuanya pasti lalui detik gembira, bahagia, suka , duka, sedih dan kecewa...


Namun cara dan sikap kita mengolah sesuatu keadaan itu ke arah yg baik dan lebih baik itu semuanya terletak pada 'DIRI KITA SENDIRI'...

Kita tidak boleh mengharapkan orang merubah untuk keselesaan diri kita.. Tapi keselesaan itu hadir dari perubahan yang positif yang kita sendiri semai...


Jika kita mengubah diri kearah negatif maka kita sendiri yang mencipta suasana dan persekitaran yang membuat diri kita memberontak dengan perjalanan hidup kita itu..

Sebab itu lah jika sedang dalam emosi yang tidak tenang jangan kita membuat satu tindakan melulu kerana apa yang kita lakukan ketika itu hanya mengikut emosi dalam diri kita...

Justeru itu, hindarilah sifat berdendam dan iri hati kerana sifat ini paling hebat dan dasyat sekali.. Bilamana kita terjerumus memang agak sukar untuk kita punya kesedaran rohani.. Setiap detik kita hanya akan dipenuhi dengan sifat amarah dan tidak tenteram..



Apa-apa sekali pun yang datang melanda menimpa kita, ingat satu Allah sentiasa bersama kita.. 

Penuhi jiwa mu dengan zikrullah.. Kerana zikir ini ubat yang paling hebat menyejukkan hati yang sedang bergelora...

Penuhi minda mu dengan tanggapan yang positif dan senyum walau apa sekali yang menduga..

Tidak salah dan tidak membuatkan dirimu terhina jika kita menjadi manusia yang sentiasa mengalah dalam setiap perkara.. 

Mengalah bukan bererti anda lemah tapi sebenarnya anda penat untuk membentuk satu suasana yang menyakitkan.. Cukuplah dengan mengalah mampu membuat anda tenang dan gembira walhal kebenaran tetap anda ketahui..

Percayalah, disetiap ruang-ruang kehidupan yang menyedihkan serta menyulitkan anda sebenarnya Allah telah tetapkan sesuatu yang terbaik dan mengembirakan buat anda... Allah mahu kita bersabar dalam ujian yang mendatang untuk anda hebat bila menerima anugerah nikmat dariNYA...





 

Monday, November 30, 2020

HiDuP Ini Satu IbAdAh

 Assalamualaikum...

Apa khabar korang semua... Harap semuanya dalam rahmat ALLAH...
Tahun 2020 agak mencabar bagi semua penghuni di muka bumi ini...
Kita semua berhadapan dengan fenomena wabak virus Cobid-19...
Apa pun kita semua haruslah menjaga kebersihan diri kerana
itu juga adalah apa yang telah di ajarkan oleh islam... 

Hidup kita ini hanyalah sementara sahaja kerana kehidupan 
yang kekal abadi adalah di akhirat kelak... Kejar dunia biarlah atas dasar mencari redha dan syafaat untuk kita menuju ke kehidupan kemudiannya...





Sunday, November 29, 2020

AkU KeMbALi SeMuLa !!!!


😎 Aku kini akan kembali bersama coretan-coretan nukilan hati....
Hampir 5 tahun rasanya dah tak menulis di blog... 
Hampir-hampir lupa sudah aku untuk setup posting2..
😅😆😂


Alhamdulillah di kesempatan ini aku bersyukur sangat aku dan isteri dikurniakan
2 cahaya mata.. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.. 👦👧
Hensem dan Comel kedua-dua permata hati ibu ayah ni..
Anugerah memiliki seorang isteri yang baik dan anak2 yang menyerikan lagi kehidupan memang tiada nilainya di dunia ini..

Mereka bertiga nyawa ayah.. 💓💕💖💝
Tanpa kasih sayang dari mereka pasti ayah akan 
tiada semangat menempuh hari-hari yang mendatang.. 

Apa yang saya lakukan hari ini.. 
Setiap kudrat, setiap pengorbanan, setiap kesabaran di segenap jiwa aku hanya untuk kebahagian dan kegembiraan isteri dan anak-anak aku...
Biar apa sahaja yang aku lalui dalam liku-liku menempuhi setiap ujian dan dugaan..
Biar setiap rintangan itu aku hadapi dengan penuh kesabaran di hati...
Walau sebesar mana sekali ombak itu datang bergolak..
Walau semarak mana sekali api itu membakar..
Walau sekuat mana sekali angin datang membadai...
Akan aku pertahankan segala yang aku bawa dihati ini....
Hanya engkau Isteri dan Anak-anak ku yang selamanya bertakhta di HATI ini...