Wednesday, February 27, 2013
aKu JuGa PuNyA PeRaSaAn !!!
Saya sangat bahagia bersama dengan awak...
Saya sayangkan awak... Saya tidak akan sesekali menghancurkan hati awak..
Saya pasti akan mengawini awak menjadi isteri saya kelak..
Cuma buat masa sekarang saya perlu mempersiapkan diri saya dahulu..
Awak...
Bukan niat saya mahu awak menjauhkan diri dari si dia..
Tapi saya tidak mahu ia membuatkan kita saling marah-marah...
Saya mahu menjaga hubungan kita sebaiknya...
Cukuplah segala keperitan dan kesengsaraan yang dahulu pernah dirasai..
Awak..
Bila awak cakap awak baru sahaja berhubung dengan si dia..
Awak tak tahu saya tahan saja air mata saya dari mengalir di depan kawan-kawan saya..
Betapa pedihnya saya rasai saat itu ibarat seperti dicucuk-cucuk hati saya ini..
Tapi saya masih bersabar awak kerana saya percayakan awak..
Awak..
Walau sakit yang saya rasakan tapi saya tak tunjukkn kat awak..
Mungkin awak ingat saya sedang tersenyum sahaja mendengar cerita awak..
Saya tetap bersabar menahan air mata saya sebab saya sayangkan awak..
Walau pun badan saya panas sangat nak demam tapi saya tunjukkan yang saya masih kuat..
Walau pun ketika itu saya terlalu pening sangat tapi saya tetap katakan saya 'okey'..
Awak..
Saya tahu lepas pada tu awak terus tidak sihat..
Sebab tu saya suruh awak makan ubat dan tido..
Bukan niat saya nak jauhkan diri dari awak..
Sebab saya memahami keadaan awak waktu tu..
Saya mahu awak berehat dan tenangkan diri awak..
p/s : SAYA SAYANGKAN AWAK.. SAYA MAHU AWAK CERIA DAN GEMBIRA SELALU..
SELAMANYA AWAK TETAP BERADA DIHATI SAYA..
Saturday, February 16, 2013
SaKiTnYa YaNg AkUi rAsAi !!!!!
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang melihat indahnya dunia...
Aku perlu lebih kuat lepas ini..
Aku perlu sembuhkan luka dihati ku ini..
Sungguh ku akui kenangan bersama mu..
Gelak tawa serta bual bicara antara kita...
Gurauan yang kita ciptakan bersama..
Perasaan didalam hati ini..
Tidak mungkin dapat ku lupakan..
Saya tidak pernah salahkan awak...
Mungkin janji dan bual bicara antara kita hanya sekadar angan-angan kosong saya..
Tapi tidak mengapa awak.. Ini mungkin kerana kesilapan saya..
Jelas lagi bersuluh, hanya sekali silap telah saya lakukan..
Terus bisa memusnahkan setiap impian dan harapan saya..
Banyak yang telah saya pelajari dari awak..
Terima kasih awak kerana memberi saya peluang untuk menyayangi awak..
Terima kasih kerana sudi mencipta senyuman dengan saya..
Terima kasih kerana membuat saya sedar akan kekhilafan diri ini...
Awak memang seorang muslimah yang baik...
Saya cuba memahami perasaan awak...
Saya cuba memperbaiki diri saya jika itu membuat awak membenci saya..
Saya cuba berkorban bermacam cara untuk buktikan kat awak keikhlasan hati saya...
Saya cuba bersabar menahan sakitnya hati ..
Tapi boleh kah kali ini awak cuba lembutkan hati awak untuk sama-sama
kita memulihkan kembali apa yang cuba kita bina bersama..
Andai kesilapan saya itu membuat awak membenci saya..
Saya susun sepuluh jari..
Dengan khilafnya diri ini memohon maaf dari awak..
p/s: HARAP MASIH ADA SINAR DI HATI AWAK UNTUK SAYA MENIKAHI AWAK DAN
MENJADI SUAMI ISTERI BERSAMA...
Friday, February 15, 2013
UnTuK pRiNcEsS !!!!
Assalamualaikum W.B.T .
Saya akui awak adalah yang istimewa dalam hidup saya..Andai ini adalah kesilapan pertama saya..Saya minta maaf kerana telah mnyinggung hati dan perasaan awak..Saya percaya awak sayang kan saya ...
Saya mahu menjadi milik awak dan hanya awak sahaja... Saya mahu kita bersama selamanya... Saya telah membuat awak keliru dan kecewa... Saya tidak bermaksud menyakiti hati orang yang saya sayang... Saya tidak tahu apa yang berlainan tentang awak.. Tapi awak berbeza dari yang lain.. Itu yang membuat awak istimewa dihati saya.. Saya tetap menanti awak....
p/s : RINDU SAMA KAMU !!!!!!
AwAk... MaAfKaN sAyA !!!
Assalamualaikum W.B.T.
Kadang-kadang kita pasti tertanya apakah ungkapan yang kita cakap kan itu salah..
Atau kata-kata kita itu telah melukai hati orang yang kita sayang tanpa kita sangka..
Maafkan saya kekasih hati...
Bukan bererti saya sengaja mahu menyakiti hati awak...
Saya sayangkan awak..
Saya tidak mahu kehilangan awak...
Saya mahu bersama awak hingga ke akhir hayat saya...
Soal hati dan perasaan itu bukan mainan buat kita..
Pengalaman mengajar kita untuk lebih mengerti akan hidup..
Sedikit sahaja luka dihati mampu melemahkan semangat...
Hati walau pun kecil tapi terlalu besar kesakitannya...
Awak yang saya cinta...
Ibarat kata 70% hati awak beri untuk saya..
Kemana pergi nya lagi 30%...
Pasti pelbagai persoalan bermain diminda..
Adakah 30% itu masih milik si dia..
Saya mahukan sepenuhnya BERSAMA saya..
Saya mahu awak menjadi MILIK saya sahaja..
Saya akui silap dan salah saya...
HATI saya MEMERLUKAN awak...
Saya tetap menunggu awak...
Bila semua sudah kembali pulih..
Kembali lah kepada saya..
SAYA TIDAK MAHU KEHILANGAN AWAK...
SAYA MAHU BERSAMA AWAK SELAMA HIDUP SAYA...
p/s : PONTIANAK MENGILAI RINDU KAN AWAK !!!!
Tuesday, February 12, 2013
BeRuBaH JaDi LaGi bAiK !!!!
Assalamualaikum W.B.T.
Syukur Alhamdulillah kita semua masih diberi kesihatan diri..
Semasa kita semua masih diberi nikmat hidup ini marilah kita sama-sama
memperbanyakkan amal didunia untuk sama-sama kita
mendapat kebaikan di akhirat kelak..
Sesungguhnya, begitu bertuah bagi hambanya yang diberi hidayah
untuk berubah ke jalan ALLAH... Hati manusia jika keras susah untuk
dilunturkan mnjadi lembut... Semoga Ujian dan hidayah dari ALLAH
mampu melembutkan hati yang sekeras batu itu...
Biarlah satu dunia membenci dengan perubahan mu itu...
Jangan sampai ALLAH membenci mu..
Biarlah jika orang disekeliling mu tidak mahu lagi mendengar kata-kata mu..
Kerana ALLAH sentiasa ada untuk mendengar rintihan dan doa hamba-hambanya..
Biarlah jika tiada seorang pun mahu berada bersama mu lagi..
Kerana ALLAH sentiasa berada bersama hambanya..
Ingatlah...
Bukan orang disekeliling yang akan membawa kita ke syurga..
Bukan orang disekeliling yang akan bersama kita menghadapi azab dosa kita..
Perubahan itu bermula dari hati kita sendiri semuanya berlaku kerana ALLAH..
Kita yang menentukan arah tuju kita..
Kita yang menentukan jalan mana yang akan di lalui..
Bangunlah dari terus dibuai lena dan berubah menjadi lebih baik..
p/s : HIDUP INI BUKAN SEPERTI REMOTE YANG BOLEH NAK REWIND DAN FORWARD..
SO.. THINK WHAT YOU SHOULD DO THE BEST FOR YOUR LIFE... (^_^)
Sunday, February 10, 2013
CoReTaN bUaT BaKaL iSTeRi !!!!
Assalamualaikum w.b.t
Untuk awak seorang gadis yang memiliki tulang rusuk saya..
Saya tahu awak sedang menanti saya untuk menjemput awak..
Saya tahu awak sedang bersedia mempersiapkan diri awak
untuk membina mahligai perkahwinan bersama saya..
Untuk awak yang bakal menjadi isteri saya kelak...
Saya percaya awak adalah jodoh yang terbaik ALLAH beri untuk saya..
Saya percaya awak akan menjadi isteri yang solehah..
Saya percaya awak akan sentiasa taat disisi saya..
Saya percaya awak akan sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk saya..
Untuk awak yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak saya..
Saya yakin awak mampu mendidik anak-anak saya dikala saya sudah tiada..
Saya yakin awak mampu mngajar anak-anak saya menjadi anak yang taat..
Saya yakin awak mampu melayan kerenah mereka dengan penuh kesabaran..
Saya yakin awak 'IBU MITHALI' untuk anak-anak saya...
Awak adalah anugerah yang tak ternilai harganya
yang telah ALLAH berikan kat saya...
Saya pasti menjaga sebaiknya kerana ketika itu
awak adalah NYAWA dan SEMANGAT saya...
Saya akan menjadi yang terbaik untuk awak...
p/s : BERSAMA KITA MENUJU KE JANNATUL FIRDAUS...
(^_^) _+_ (^_^)
HaDaPi DeNgAn TaBaH uJiAn iLaHi !!!
Assalamualaikum w.b.t.
Syukur kepada ilahi kerana hari ini kita masih
diberikan peluang untuk merasa nikmat kehidupan lagi..
Betapa indahnya kurniaan ilahi...
Semalam diberikan kita rasa gembira dan bahagia..
Hari ini diberikan kita rasa sedih dan kecewa..
Besok dan lusa belum tentu kita tahu apa bakal menimpa..
Kadang-kadang kita melalui pelbagai ujian-NYA dengan tabah..
Tapi kadang-kadang kita pasti akan mengeluh dengan dugaan ilahi..
Semua yang kita lalui seharian dalam kehidupan kita sememangnya
telah dirancang dalam perjalanan hidup kita dari mula hadir didunia sehinggalah kita mati..
Semua ini bukan sengaja ALLAH lakukan..
Bukan diberi-NYA kita kesusahan sebab tidak sayangkan kita..
ALLAH itu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
Tidak mungkin ALLAH menguji kita tanpa sebab..
Kadang-kadang kita lupa mahu bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan..
Segalanya yang terjadi kerana ALLAH sayangkan kita..
Ujian ALLAH hadapilah dengan kesabaran dan berdoalah kepada yang esa..
Telas tertulis di dalam Al-Quran yang ALLAH tidak akan menguji hambaNya
diluar kemampuan hambaNya. ALLAH tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya..
Setiap yang berlaku itu ada hikmah..
Dari ujian-NYA telah dirancangkan suatu yang terbaik untuk hambanya..
Semoga kita semua bersedia menghadapi setiap ujian ilahi dengan penuh kesabaran..
Jadilah manusia yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan ilahi..
Sesungguhnya ujian-NYA sekadar ingin menguji keimanan dan kesabaran hambanya..
p/s : KADANG-KADANG ALLAH TIDAK BERI APA YANG KITA MOHON TAPI
MEMBERIKAN KITA YANG SEBALIKNYA.. SESUNGGUHNYA ALLAH TAHU
APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.. REDHA DAN BERSYUKUR !!!
Jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita...
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.
Setiap yang berlaku itu ada hikmah..
Dari ujian-NYA telah dirancangkan suatu yang terbaik untuk hambanya..
Semoga kita semua bersedia menghadapi setiap ujian ilahi dengan penuh kesabaran..
Jadilah manusia yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan ilahi..
Sesungguhnya ujian-NYA sekadar ingin menguji keimanan dan kesabaran hambanya..
p/s : KADANG-KADANG ALLAH TIDAK BERI APA YANG KITA MOHON TAPI
MEMBERIKAN KITA YANG SEBALIKNYA.. SESUNGGUHNYA ALLAH TAHU
APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.. REDHA DAN BERSYUKUR !!!
Saturday, February 9, 2013
AzAb MeNiNgGaLkAn SoLaT !!!!
12 azab meninggalkan solat...
Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda :
''Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka akan
ditimpa 12 azab kepadanya''..
3 darinya akan dirasakan semasa didunia ini antaranya :
# ALLAH akan menghilangkan berkah dari usahanya dan
begitu juga rezekinya..
# ALLAH akan mencabut cahaya hidaya dari dalam dirinya..
# Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman..
3 macam bahaya adalah ketika hendak mati, antaranya :
# Roh dicabut ketika dia didalam keadaan yang sangat haus
walaupun ia telah meminum seluruh air..
# Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar..
# Dia akan dirisaukan akan hilang imannya..
3 macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur,
antaranya :
# Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat munkar dan nakir..
# Kuburnya akan menjadi gelap gelita..
# Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang
rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) ..
3 azab lagi nanti dihari kiamat, antaranya :
# Hisabnya menjadi sangat berat..
# ALLAH sangat murka kepadanya..
# ALLAH akan menyiksanya dengan bara api neraka..
p/s : Sekadar renungan buat semua.. Fikirkan dan selamat beramal...
Monday, February 4, 2013
pErJuAnGaN kU MaSiH JaUh !!!
Assalamualaikum w.b.t. wahai teman-teman sekalian...
Apa khabar kamu semua.. Saya doakan semua dalam keadaan sihat-sihat sahaja..
Seronok la kan tidak lama lagi nak bercuti tahun baru cina..
Mesti semua sudah ada perancangan masing-masing...
Nak ikut pergi bercuti sekali boleh ?? hehehe.. juz kidding..
Bermacam dugaan telah aku lalui selama ini..
Pelbagai ujian telah aku harungi sendirian..
Akhirnya sejak kebelakangan ini aku tertewas jua..
Aku kecundang di atas rasa cinta terhadap insan..
Perasaan itu melupakan aku akan diri ku..
Perasaan itu melalaikan aku dengan waktu ku..
Perasaan itu merosakkan akhidah dan pemikiran ku..
Perasaan itu menghancurkan keimanan ku..
Perasaan itu mengucar-kacirkan ketaqwaan ku..
Perasaan itu menghuru-hara hati ku..
Biar yang dahulu tidak berulang kembali..
Apabila jiwa mu dapat di kawal oleh iblis..
Nescaya keuntungan yang dia perolehi..
Bisa menjahanam kan kamu...
Kuatkan keimanan mu wahai teman..
Agar sama-sama kita beroleh manfaat hidup..
Jalan terbaik adalah muhasabah diri..
Dekatkan diri dengan ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar doa hambanya...
Ku bentangkan sejadah di kamar bilik...
Kedua tangan ku bergetar..
Ku tadah memohon doa serta petunjuk ilahi..
Berilah hamba-MU ketenangan melalui liku-liku hidup..
Agar dapat ku berjuang di atas jalan-MU...
Ya ALLAH..
Tika sekarang ramai umat islam berjuang mempertahankan agama..
Tika sekarang rakyat-rakyat di negara islam diancam pelbagai musibah..
Tapi hamba-Mu ini masih terperangkap dengan cinta duniawi yang
tidak memberi apa-apa keuntungan di dunia mahupun di akhirat...
Ya ALLAH , Ya Rahman , Ya Rahim...
Ampunikan dosa hamba mu..
JAZARAKALLAH...
ALLAHU AKBAR...
AkU ReDHa !!!
Aku cuma insan biasa..
Tiada apa yang dapat aku lakukan..
Melainkan redha dengan ketentuan ilahi..
Mungkin ALLAH lebih mengetahui setiap
apa yang berlaku...
Aku percaya ini semua sekadar ujian-MU ya ALLAH..
Aku redha akan semua yang menimpa ini...
Sesungguhnya apa yang telah engkau berikan kepada
hambamu ini adalah untuk kebaikan diri ku jua..
Hanya engkau yang maha mengetahui akan setiap perkara..
Ya ALLAH..
Hamba-mu bersyukur kepada MU ya ALLAH..
Walau sementara engkau memberi ku rasa bahagia..
Tapi banyak perkara telah aku pelajari dari apa yang menimpa..
Ujian itu memberi ku sebuah pengalaman...
Sesuatu perkara tu kadang-kadang membawa kebahagiaan..
Kadang-kadang ia jua pasti merasa kedukaan...
Kita mesti terima apa berlaku dengan hati yang ikhlas..
Redha akan semua dugaan dalam hidup kita..
Sentiasa tabah dan kuat menghadapi ujian-NYA...
Ini adalah sebuah kehidupan..
Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
Sunday, February 3, 2013
SeGaLaNyA tAkDiR mEnEnTuKaN !!!!!
Awak..
Saya bukan yang terbaik untuk awak..
Saya bukan yang sempurna seperti awak mahu..
Saya bukan seindah yang awak impi..
Saya akui awak..
Saya tidak layak untuk awak..
Saya hanya insan sementara yang singgah dalam hidup awak..
Saya sekadar insan biasa yang tidak layak meminta hati awak..
Benar kata awak..
Saya tidak perlu terlalu berharap dekat awak..
Tapi setelah awak beri separuh hati awak..
Saya yakin awak akan menerima saya dalam hati awak..
Tapi kenapa awak..
Sekarang semua itu semakin pudar..
Makin hari awak seolah cuba memberi kesakitan kepada saya..
Awak sudah lain sangat sekarang...
Awak tidak seperti diri awak yang hadir dalam hati saya tu..
Kini semua semakin menghilang sahaja..
Kenapa awak ???
Apa silap saya ??
Saya tak pernah mengalah awak..
Saya sentiasa mengharap awak memberi ruang di hati awak untuk terima saya..
Beri la saya peluang sekali dalam hidup untuk membukti kan ketulusan hati saya..
p/s : I have tired to followAll your foot steps... And expect to have..
Various ways have I done For life... Until I sacrifice my life...
aKu YaNg bErSaLaH!!!!!
Manis itu dirasai hanya sementara..
Lantas datang satu kata...
Yang membuat air mata ku menitis..
Apakah ini benar-benar ku dengar..
Atau aku hanya sedang bermimpi..
Mendengar kejujuran ku itu..
Apa salah aku untuk jujur pada mu..
Bagi ku cukup kau ketahui setiap perkara..
Agar tiada rahsia aku terhadap mu..
Tapi sayang kejujuran itu memakan diri ku sendiri..
Hanya menahan diri dari terus diratapi kesedihan..
Mahu ku letak seketika telefon..
Agar dia tidak mendengar kesedihan ku..
Bahkan ku tidak mahu dia merasai air mata membasahi pipi ku..
Tiada kata dapat diungkapkan lagi..
Tiada bicara dapat diluahkan lagi...
Hati ku terkedu terdiam tanpa kata..
p/s : SAYANGKU PADA MU BUKAN SATU GURAUAN..
TAPI SAYANGKU PADA MU KERANA KU MENCINTAI MU...
Saturday, February 2, 2013
NaLuRi Ku bErCeRiTa !!!
Awak..
Saya sayang awak sangat.. Sejujurnya saya tidak tahu
apa perlu saya lakukan untuk membuat awak
melihat keikhlasan hati saya ini..
Saya akui..
Saya bukan siapa-siapa bagi awak..
Tapi saya tidak kisah semua itu awak..
Sebab sudah cukup gembira dan bahagia sekali
pabila awak ada bersama saya..
Memang saya tahu semua itu awak..
Niat awak jauhkan diri dari saya kerana
awak tidak mahu saya terlalu berharap...
Memang saya sudah terlalu berharap awak..
Kalau saya tidak berharap itu umpama seperti
saya memberi awak cinta palsu..
Semalaman saya tidak tido awak..
Saya memikirkan kembali apa salah yang telah saya lakukan kat awak..
Kenapa sekarang awak sudah tidak mempedulikan saya..
Sebak rasa hati saya mengingati saat kita gurau tawa bersama..
Kini tetiba hilang tanpa kata-kata....
Tetapi ujian semalam cukup menyakitkan saya..
Hingga membuat air mata saya mengalir..
Saya cuba untuk menjadi tabah..
Saya tidak mahu sikit pun awak sedar yang saya sedang lemah..
Saya cuba untuk tunjukkan saya ceria dan happy jaa..
Hakikat sebenar betapa saya sedih sangat..
Jika awak fikir saya hanya ingin mempermainkan awak..
Jika awak fikir saya ada orang lain selain awak..
Jika awak fikir saya keluar setiap malam ingin lihat awek lain..
Jika awak fikir saya sedang main message dengan girl lain
disaat saya lambat menjawab message awak..
Itu semua hanya andaian awak....
Jika betul semua itu benar...
Saya tidak akan habiskan masa saya untuk bersama awak..
Saya tidak akan menjadi resah di saat awak mendiamkan diri..
Sebab saya mahu bersama awak selama hidup saya..
Bila di fikirkan kembali saya seolah-olah mengejar
permata yang terlalu tinggi nilainya..
Tanpa saya sedar hakikat sebenar saya hanya insan biasa
yang tidak mampu memperolehi permata yang berharga itu..
Saya sudah lalui kesakitan lalu..
Saya sudah lalui penderitaan lalu..
Saya sudah lalui kekecewaan lalu..
Saya harap ia tidak datang kembali..
p/s : U don't need someone to complete u , u only need someone to accept u completely .. ^^,
Saya nak awak tau, disaat saya menangis, saya tidak mengharapkan awak untuk menangis bersama saya, tetapi tetaplah disisi saya walau sejenak bersama, disaat saya keseorangan,
janganlah berpaling dari saya, saya perlukan awak untuk kekuatan saya~
Subscribe to:
Comments (Atom)

