Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Friday, September 21, 2012

JoDoH Di mAnA kAu BeRsEmBuNyi !!




Assalamualaikum semua... Harap semua sihat sejahtera hendaknya.. 
Nak tanya korang, siapa tahu di mana kita nak cari jodoh ye?? hehehe.. 
Bunyi macam kelakar saja soalan saya ni kan.. 
Tapi itulah penantian yang saya tunggu selama ini..
Masih menanti dan tercari-cari siapakah jodoh saya yang telah allah tetapkan..


Usaha sudah ada.. Tawakal selalu buat.. 
Doa setiap hari memohon dipertemukan..
Cuma mungkin belum datang seru untuk berjumpa dengan jodoh saya..
Bukan apa, perkahwinan merupakan satu sunnah rasullulah s.a.w. dan 
melalui perkahwinan juga akan menyelamatkan kita dari syaitan laknatullah..





Rasulullah S.A.W. telah pun bersabda, '' “Wahai sekelian remaja, 
siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin
kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.
Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa 
kerana puasa akan mengurangi nafsunya" 
(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400). 


Walaupun sehingga sekarang saya masih belum bertemu siapa jodoh saya 
tapi saya tidak akan terus hilang semangat.. 
Saya yakin allah telah sediakan jodohyang terbaik untuk saya... 
Cuma belum tiba waktunya lagi untuk kami bertemu..
Ingatlah kita hanya mampu merancang tapi semua ketentuan itu di tetapkan allah..




Sunday, September 9, 2012

CeRiAkAn HaRi-HaRi AnDa !!!


Assalamualaikum semua.. 

Korang tengah buat apa tu ?? Nak join boleh ?? Saya dah tak tahu nak buat apa...
Dah tak tahu nak memikirkan apa sekarang ni setelah menyiapkan pelbagai kerja...

Kat sini saya nak bagi tip untuk korang semua macam mana nak buat hari-hari korang ceria selalu..

  1. Bila bosan korang cuba melukis apa-apa saja yang terlintas kat fikiran korang.. Tak kisah lah korang pandai melukis ke tidak.. Walau buruk sekali pun lukisan tu tapi hanya korang ja yang tahu makna disebalik lukisan tu kan... hehe..
  2. Bila ada masa lapang cuba lha belajar memasak.. Contohnya kalau minggu ni belajar buat kek jadi minggu seterusnya cuba benda lain plak contoh seperti kuih tat telur.. Serius memang korang rasa benda ni remeh tapi bila siap hasilnya.. Saya yakin pasti anda pasti tersenyum melihat apa yang telah anda hasilkan.. hehe.. (untuk perempuan)..
  3. Baca novel ... hehe.. Saya tahu ramai yang suka baca novelkan.. Mesti banyak koleksi novel kat rumah.. Boleh lah saya nak pinjam novel korang.. hehe.. 

SENYUM itu perkara paling mudah untuk buatkan anda berasa ceria.. Dengan senyuman mampu mewarnakan seribu rasa gembira di dalam hati..  

layannn... ~(^_^)~




Wednesday, September 5, 2012

JaNgAn SaLaHkAn OrAnG !!


SALAM 1MALAYSIA SEMUA... SEMUA SIHAT ?? 
TAHUKAH ANDA BAHAWA SENYUMAN ITU MAMPU MENJADI 
UBAT BAGI LUKA YANG PALING BERBISA.. HEHEHE.. :) :) :)

BUKAN SUSAH KALAU NAK MENJADIKAN HIDUP ANDA BAHAGIA SELALU..
KALAU APA SEKALI PUN MASALAH YANG MENIMPA TETAPLAH CERIA HADAPINYA DAN BERDOA KEPADA ALLAH AGAR MASALAH YANG DATANG PADA HARI INI MAMPU MEMBERI KEBAHAGIAAN PADA HARI YANG AKAN DATANG..

SETIAP MASALAH ITU SEBENARNYA DATANG DARI KESILAPAN KITA SENDIRI
YANG KADANG-KADANG KITA LANGSUNG TIDAK SEDAR IA BERPUNCA DARI KITA..




MUHASABBAH DIRI DAN JANGAN SEGAN UNTUK MINTA MAAF JIKA ADA
YANG SUDAH MULA MEMBENCI KITA.. WALAUPUN KITA TIDAK TAHU 
APA SALAH KITA SEHINGGA MEMBUATKAN DIA BENCIKAN KITA TAPI
 DARI MEMBIARKAN KEADAAN MENJADI LEBIH TERUK.. 
JADI TIDAK SALAH JIKA KITA MINTA MAAF KAT DIA DAN 
TANYA PADA DIA APA YANG TELAH KITA LAKUKAN HINGGA
MENGGURIS PERASAAN DIA.. 


INGATLAH BERMAAFAN MAMPU MENJADIKAN ANDA
 INSAN YANG BAHAGIA..
TIADA LAGI DENDAM DAN SENGKETA JIKA MAAF ITU
BENAR-BENAR IKHLAS DILAFAZKAN..






Tuesday, September 4, 2012

BiDaDaRi


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... 

KALI INI SAYA NAK CERITA SEDIKIT TENTANG BIDADARI..
BIDADARI YANG SAYA NAK CERITA NI BUKAN LAH SEPERTI CERITA FAIRY TALE..
TAPI TENTANG WANITA SOLEHAH..

TAHUKAH ANDA SEMUA BAHAWA PERHIASAN TERINDAH DI DUNIA
ADALAH WANITA SOLEHAH.. SEBAB APA SAYA CAKAP MACAM TU YE..
JENG... JENG.. JENG.. HEHEHE..
INI ADA DI NYATAKAN DALAM HADIS RIWAYAT MUSLIM
SABDA RASULULLAH S.A.W. '' DUNIA INI ADALAH PERHIASAN, DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH''




JADI PELIHARA LAH AKHLAK DAN KEPERIBADIAN MU WAHAI WANITA..
SABDA RASULULLAH S.A.W. '' APABILA SEORANG WANITA MENJAGA
SOLAT LIMA WAKTU, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN,
MEMELIHARA MARUAHNYA DAN TAAT KEPADA SUAMI..
MAKA MASUK LAH KAMU KE DALAM SYURGA MELALUI
MANA-MANA PINTU YANG KAMU KEHENDAKI.

JADI INGAT 2 PERKARA INI WAHAI WANITA SOLEHAH :-
( 1 )  TAAT PADA ALLAH DAN RASUL.
( 2 ) TAAT SETIA PADA SUAMI.

WANITA SOLEHAH ITU LEBIH BAIK DARI BIDADARI SYURGA..
DAN ISTERI SOLEHAH AKAN MENJADI KETUA BIDADARI SYURGA..

BEGITU HEBATNYA MARTABAT SEORANG WANITA DI DALAM ISLAM..
TETAPI SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI.
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI..
INGATLAH WAHAI WANITA-WANITA, JANGAN BIARKAN DIRI ANDA
TERUS ALPA DENGAN KESERONOKAN DI DUNIA..
KUMPUL LAH PAHALA UNTUK DI BAWA KE AKHIRAT KELAK..
DUNIA INI HANYA LAH LUKISAN SEMATA-MATA..
SEMOGA AMALAN KITA DI DUNIA INI DITERIMA OLEH ALLAH..




YA ALLAH , JIKA HAMBAMU INI SUDAH BERKAHWIN KELAK ...
TEGUHKAN CINTA-KU DAN ISTERIKU TERHADAP MU AGAR KAMI TIDAK
TERUS LALAI DENGAN KEHIDUPAN DI DUNIA HINGGA
MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB KAMI TERHADAP MU YA ALLAH..



Monday, June 25, 2012

JoM eArN eXtRa PaHaLa !!!!

assalamualaikum semua ....

Korang semua sihat ?? Kalau yang tidak sihat tu jangan lupa makan ubat ye...
26 hari lagi kita akan menghampiri bulan mulia bulan ramadhan... 
Bulan ramadhan ni adalah bulan manusia...
Banyak kelebihan yang kita perolehi pada bulan ramadhan... 

Ingat ye semua
 SENANG KITA DAPAT PAHALA & SENANG JUGA KITA DAPAT DOSA.. 
Jadi pilihan ada pada diri kita sendiri..
Kita memang tidak boleh berubah menjadi sepenuhnya sempurna sebab
 tiada seorang hamba allah pun yang sempurna di bumi ini... 
Tapi kita BOLEH BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK kan...




Ingatkan bahawa sudah masuk bulan sya'ban dan mlm nifsyu sya'ban
jatuhnya pada 5 july mlm jumaat(tutupnya buku amalan).
Jadi Sebelum terlambat saya ingin minta maaf kalau ada salah yang
di sengaja dan tidak sengaja :)


NABI MUHAMMAD SAW b'sabda: barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini,
HARAM API NERAKA bagi nya...







Sunday, June 24, 2012

CiNtA kEpAdA iLaHi ItU LeBiH bAHaGiA !!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !!!

syukur alhamdulillah kerana kita masih di beri nafas untuk bernyawa lagi di dunia ini...
saya doakan anda semua sentiasa di beri kesihatan tubuh badan untuk melaksanakan tanggungjawab
masing-masing... bahagianya kalau orang yang kita sayang dan cinta tetap setia bersama kita kan...
tapi tidak semua perhubungan akan terus kekal hingga ke akhir hayat.. 
pasti ada juga yang mengalami  perpisahan kan...




tapi jangan risau sebab allah ada jodoh yang baik untuk kita... jangan terlalu bersedih dan
alpa dengan mengejar cinta sesama manusia hingga melupakan tuntutan kita dekat allah..
cinta yang paling bahagia mampu kita perolehi adalah cinta kepada allah..
sebab cinta kepada allah mampu kekal selamannya....
impian saya sekarang bukan untuk kejar harta dan wanita tapi impian adalah untuk
menjejakkan kaki ke madinah dan mengerjakan haji di mekkah...
moga segala perbuatan kita lakukan di dunia ini mampu menjadi modal untuk kita bawa ke akhirat kelak...
aminnn !!!!





Saturday, June 23, 2012

Aku kEmBaLi SeTeLaH LaMa mEnYePi !!!!

hye semua....
maaf sbb lama dh xupdate post kt blog.. bukan sebab dh xnak aktif tp cuma masa 
xmngizinkan sy menulis post jaa.. huhuhu.. setelah tiga tahun mnghabiskan masa study 
kini sy brgelar 'graduate diploma'.. ehehehe.. memang trlalu gembira 
dan hepi sgt dengan semua niii.. semua bebanan dan stress dah tak da.. 
NO MORE TUTORIAL, ASSIGNMENT, PAPERWORK, TEST AND EXAM..
YAAAAHOOOOO....

tp dalam kegembiraan ini ada juga kesedihan yang sy rasakan.. 
iaitu terpaksa berpisah dengan kawan2 semua... sedihnyaa... lepas ni dah xdpt la kita nak 
bergurau senda, keluar tengok wayang, camping, makan sekali kann...

bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus... hope persahabatan kita tidak
berakhir sampai sini.. biarlah kenangan bersama menjadi ingatan persahabatan kita.. saya percaya
setiap perpisahan pasti akan ada pertemuan kembali.. i hope so.. 

lastly, saya doakan agar kita semua berjaya dalam kerjaya dan masa depan kita semua..
walau sejauh mana kita melangkah lepas ini..
walau setinggi mana kita terbang selepas ini...
walau sedalam mana kita terokai selepas ini...
walau seluas mana kita harungi selepas ini....
harap kita akan sentiasa mengingati lagi persahabatan kita ini...

p/s : rindu kat mak cik jual nasi lemak.. thankz sbb petang2 bg kuih2 dan mkanan.. <3 <3 <3

Thursday, March 29, 2012

Ku BeRhEnTi Di SiNI cInTa !!!!

Kini saya sedar awak sudah semakin menyayangi si dia insan baru dalam hidup awak.... Saya yakin dia mampu menjaga awak dengan baik.. Saya redha dengan semua ini..  Saya janji mulai saat ini saya tidak akan 
lagi menganggu hidup awak dengan dia.. Saya sedar tidak lama lagi awak dengan dia akan bertunang jadi 
saya doakan kebahagiaan awak dengan dia..

Nanti jangan lupa ye jemput saya datang hari perkahwinan awak.. Saya gembira sangat kalau awak jemput saya... Jangan risau saya okey ja awak.. Semua ini ketentuan allah.. Saya bersyukur sangat sebab 
awak bersama dengan insan yang baik dan saya tahu dia dapat jadi suami yang soleh untuk awk..

Semoga saya juga akan dapat jodoh yang baik dan mempunyai hati yang mulia seperti awk...
Insyaallah.. Sesungguhnya saya redha siapa saja jodoh yang ditakdirkan untuk saya kelak...
Ceriakan hari-hari mu dengan zikrullah.. Ia memberi ketenangan jiwa kepada setiap insan....

Wednesday, March 21, 2012

AkU mEnUnGgU dIrI mU sAyAnG !!!!


ALHAMDULILLAH AKU MASIH KUAT DAN MAMPU UNTUK BANGUN...
HATI AKU TAK MAMPU MENIPU.. AKU TERLALU SAYANG PADAMU KASIH...
AKU MEMAMG BUNTU SANGAT DAN KADANG-KADANG
AKU MERASAKAN AKU DAH TIDAK SANGGUP LAGI UNTUK TERUSKAN
HIDUP INI... AKU TAK MAMPU KEHILANGANMU INSAN YANG BERGELAR KEKASIH..
TETAPI AGAMA AKU ISLAM.. DAN ISLAM TIDAK MENGAJAR UMATNYA UNTUK
MEMBUNUH DIRI.. TAMBAHAN PULA MEMBUNUH DIRI ITU ADALAH
GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TEMPATNYA DI NERAKA..


AKU TAHU KAU ADALAH JODOH YANG ALLAH TETAPKAN UNTUK KU..
AKU YAKIN DAN PERCAYA KAU PERLUKAN MASA UNTUK MENERIMAKU DALAM
HATIMU KEMBALI.. WALAUPUN AKU RASA TERLALU LEMAH SANGAT UNTUK MENERIMA SEMUA INI.. TAPI AKU MAMPU BERPURA-PURA TERSENYUM DIDEPAN KELUARGAKU.. AKU TIDAK MAHU MEREKA SEDIH MELIHAT KEADAAN AKU..
AKU TIDAK MAHU SETITIK PUN AIR MATA IBUKU MENGALIR DENGAN LUKA DAN KESAKITAN YANG AKU ALAMI...


AKU TIDAK SALAHKAN TAKDIR YANG BERLAKU INI... AKU SEDAR SEMUA YANG TERJADI INI BUKAN KEMAHUAN KU.. SEMUA INI ADALAH UJIAN DAN DUGAAN YANG ALLAH BERIKAN UNTUK AKU.. AKU TAHU SEMUA YANG TERJADI INI ADALAH KERANA UNTUK KEBAHAGIAAN ANTARA AKU BERSAMA DIA.. AKU YAKIN KITA AKAN KEMBALI BERSAMA MEMBINA MAHLIGAI CINTA ANTARA KITA...


YA ALLAH YA TUHANKU.. AKU BERDOA PADAMU SIANG DAN MALAM,, KAU BUKAKANLAH PINTU HATINYA UNTUK MENERIMAKU KEMBALI DALAM HIDUPNYA.. AKU TIDAK AKAN MEMPERSIA-SIAKAN DIA... AKU INGIN MENJAGA DIA.. AKU INGIN KEMBALI BERSAMA DIA KEKASIHKU... YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM... SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG BERKUASA LAGI MAHA MENGASIHI LEMBUTKANLAH HATI DIA UNTUK BERSAMA KU HINGGA KE AKHIR HAYATKU...
AMIN YA RABBAL ALAMIN...



Tuesday, January 31, 2012

DeMaM k-pOp Di MaLaYsiA

Fuuhhh... Bukan main lagi remaja sekarang, semuanya sudah mula terikut dengan gaya yang dibawa oleh 
penyanyi band korea.. Di shopping complex, cafe dan mana-mana saja anda pergi
mesti anda akan melihat remaja-remaja yang berpakaian dan mempunyai gaya
rambut seperti artis korea.. 



Memang tak dinafikan K-POP di minati di serata dunia..
Walhal, semua kenal dengan girl generation, big bang, super junior, 2pm dan ramai lagi..



Tapi jangan lupa yang malaysia pun ada kumpulan K-pop... Mungkin belum ramai 
yang mengenali kumpulan yang ditubuhkan oleh KRU ini.. Nama kumpulan mereka V.I.P dan kumpulan ini
diketuai oleh adam af, marlon, yandy, ryan dan fadlan.. 



Cayaa la malaysia memang 
gempak dari korea.. Antara band k-pop malaysia yang ada sekarang 
selain v.i.p adalah gula-gula dan max247...

mEnCaRi KeHiDuPaN yAnG aBaDi...

Hidup begitu indah andai kita pandai mencorakkannya.. Hidup kita
ibarat seperti kain putih.. klu kita sulam dia elok2 pasti kita mnjdii mnusia yg brguna.. 

Tetapi kalau kita corakkn ia dngan sifat malas dan main2
pasti hidup kita akn di sia2 bgitu sja..
Sebagai mnusia kita mmg tak trlepas dari mlakukan slah dan silap..
Tetapi harus ingat, slah dan silap tu brlaku dari kesilapan kita 
sndiri..



 Manusia slalu mnyalah erti dgn ppatah 
'tiada manusia yang sempurna kat dunia ni'.. Mmang tak di nafikan
yang kt dunia ni xda yang smpurna.. Masing2 ada mlakukan slah dn silap.. 

Tapi tak semestinya klu xda mnusia yg smpurna kita mrasakn
yg kita bleh mlakukan ksilapan juga.. Jadi kita cuba lah untuk
mnghindari diri kita dri mlakukan ksilapan..

DAHULU KITA BNYAK MLAKUKAN DOSA JADI XSLAH
KLAU KITA BRUBAH MNJADI LBIH BAIK..






Sunday, January 1, 2012

TAHUN BARU 2012











ALHAMDULILLAH KINI KITA SEMUA DAPAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.. SELAMAT TINGGAL KENANGAN SUKA, DUKA, PAHIT DAN MANIS PADA TAHUN 2011.. AKU BERSYUKUR SANGAT KERANA MASIH BERKESEMPATAN BERADA PADA TAHUN 2012 INI.. BAGI INSAN YANG SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH AKU SEDEKAHKAN AL-FATIHAH AGAR ROH2 KAMU SEMUA DITEMPATKAN DI-KALANGAN ORANG YANG BERIMAN.. AMIN.. TAHUN BARU ADALAH SINAR BARU BAGI SEMUA INSAN.. MAYBE ADA YANG DAH MEMPUNYAI AZAM BARU DAN MUNGKIN JUGA ADA YANG MASIH BERFIKIR APA AZAM TAHUN BARU INI.. 

TAPI AKU DAH ADA AZAM UNTUK TAHUN 2012 NI.. AKU INGIN MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DAN LEBIH BAIK.. KITA SEMUA MUNGKIN TAK PERNAH TERLEPAS DARI KESALAHAN JADI APA SALAHNYA KALAU KITA MULA MENCARI JALAN KEINSAFAN DAN KEMBALI KE JALAN YANG DI-REDHAI AGAR HIDUP KITA MENJADI LEBIH BERMAKNA.. 

JANGANLAH KITA  MENYESAL AKAN SALAH DAN DOSA-DOSA LAMA YANG TELAH KITA LAKUKAN.. MUNGKIN ITU ADALAH TAKDIR KITA.. KITA TELAH TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH SYAITAN HINGGA MEROSAKKAN AKHIDAH DAN KEIMANAN KITA.. 

TAPI APA YANG TERJADI MUNGKIN ADA HIKMAH DAN PENGAJARAN BUAT KITA AGAR DI MASA AKAN DATANG KITA  TIDAK AKAN MENGULANGI PERKARA ITU LAGI..  MARILAH KITA SAMA-SAMA BERADA DI  JALAN YANG BENAR DAN MOGA HIDUP KITA INI BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.. AMIINNN...