Hadis Hari Ini


ALLAHUAKBAR !!!

Monday, December 7, 2020

ReNcANa KeHiDuPaN !!!


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para kembara alam maya... 👋👋👋

 

Alhamdulillah di kesempatan ini kita semua masih diberi kenikmatan dalam meneruskan
pengabdian diri kita terhadap kehidupan dunia untuk kita bawa sebagai bekalan di akhirat kelak...

Setiap manusia punya pelbagai liku dan jalan cerita tersendiri.. Semuanya pasti lalui detik gembira, bahagia, suka , duka, sedih dan kecewa...


Namun cara dan sikap kita mengolah sesuatu keadaan itu ke arah yg baik dan lebih baik itu semuanya terletak pada 'DIRI KITA SENDIRI'...

Kita tidak boleh mengharapkan orang merubah untuk keselesaan diri kita.. Tapi keselesaan itu hadir dari perubahan yang positif yang kita sendiri semai...


Jika kita mengubah diri kearah negatif maka kita sendiri yang mencipta suasana dan persekitaran yang membuat diri kita memberontak dengan perjalanan hidup kita itu..

Sebab itu lah jika sedang dalam emosi yang tidak tenang jangan kita membuat satu tindakan melulu kerana apa yang kita lakukan ketika itu hanya mengikut emosi dalam diri kita...

Justeru itu, hindarilah sifat berdendam dan iri hati kerana sifat ini paling hebat dan dasyat sekali.. Bilamana kita terjerumus memang agak sukar untuk kita punya kesedaran rohani.. Setiap detik kita hanya akan dipenuhi dengan sifat amarah dan tidak tenteram..



Apa-apa sekali pun yang datang melanda menimpa kita, ingat satu Allah sentiasa bersama kita.. 

Penuhi jiwa mu dengan zikrullah.. Kerana zikir ini ubat yang paling hebat menyejukkan hati yang sedang bergelora...

Penuhi minda mu dengan tanggapan yang positif dan senyum walau apa sekali yang menduga..

Tidak salah dan tidak membuatkan dirimu terhina jika kita menjadi manusia yang sentiasa mengalah dalam setiap perkara.. 

Mengalah bukan bererti anda lemah tapi sebenarnya anda penat untuk membentuk satu suasana yang menyakitkan.. Cukuplah dengan mengalah mampu membuat anda tenang dan gembira walhal kebenaran tetap anda ketahui..

Percayalah, disetiap ruang-ruang kehidupan yang menyedihkan serta menyulitkan anda sebenarnya Allah telah tetapkan sesuatu yang terbaik dan mengembirakan buat anda... Allah mahu kita bersabar dalam ujian yang mendatang untuk anda hebat bila menerima anugerah nikmat dariNYA...





 

Monday, November 30, 2020

HiDuP Ini Satu IbAdAh

 Assalamualaikum...

Apa khabar korang semua... Harap semuanya dalam rahmat ALLAH...
Tahun 2020 agak mencabar bagi semua penghuni di muka bumi ini...
Kita semua berhadapan dengan fenomena wabak virus Cobid-19...
Apa pun kita semua haruslah menjaga kebersihan diri kerana
itu juga adalah apa yang telah di ajarkan oleh islam... 

Hidup kita ini hanyalah sementara sahaja kerana kehidupan 
yang kekal abadi adalah di akhirat kelak... Kejar dunia biarlah atas dasar mencari redha dan syafaat untuk kita menuju ke kehidupan kemudiannya...





Sunday, November 29, 2020

AkU KeMbALi SeMuLa !!!!


😎 Aku kini akan kembali bersama coretan-coretan nukilan hati....
Hampir 5 tahun rasanya dah tak menulis di blog... 
Hampir-hampir lupa sudah aku untuk setup posting2..
😅😆😂


Alhamdulillah di kesempatan ini aku bersyukur sangat aku dan isteri dikurniakan
2 cahaya mata.. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.. 👦👧
Hensem dan Comel kedua-dua permata hati ibu ayah ni..
Anugerah memiliki seorang isteri yang baik dan anak2 yang menyerikan lagi kehidupan memang tiada nilainya di dunia ini..

Mereka bertiga nyawa ayah.. 💓💕💖💝
Tanpa kasih sayang dari mereka pasti ayah akan 
tiada semangat menempuh hari-hari yang mendatang.. 

Apa yang saya lakukan hari ini.. 
Setiap kudrat, setiap pengorbanan, setiap kesabaran di segenap jiwa aku hanya untuk kebahagian dan kegembiraan isteri dan anak-anak aku...
Biar apa sahaja yang aku lalui dalam liku-liku menempuhi setiap ujian dan dugaan..
Biar setiap rintangan itu aku hadapi dengan penuh kesabaran di hati...
Walau sebesar mana sekali ombak itu datang bergolak..
Walau semarak mana sekali api itu membakar..
Walau sekuat mana sekali angin datang membadai...
Akan aku pertahankan segala yang aku bawa dihati ini....
Hanya engkau Isteri dan Anak-anak ku yang selamanya bertakhta di HATI ini...





Wednesday, May 27, 2015

Terima Kaseh Cinta !!!


Assalamualaikum....

Ya ALLAH...
Jadikan aku dan isteriku penghuni disyurgaMU KELAK...
Jadikan kami antara insan yang kau kasihi...


Ya ALLAH....
Redhakan setiap tingkap laku kami didunia sebagai bekalan kami
di akhirat kelak....
Engkau penuhilah hati dan jiwa kami dengan ketaqwaan dan
keimanan terhadapMU Ya ALLAH....


Isteriku....
SuamiMU akan berusaha dengan sedaya upaya untuk
membimbingMU menjadi isteri yang solehah...
SuamiMU akan sentiasa berada didekatmu selalu...
Akanku pelihara dan jaga dirimu selamanya....


Ya ALLAH...
Limpahkan aku dengan kesabaran yang tiada terbatas hingga
menghilangkan rasa cemburu dihatiku...
Kurniakan aku dengan sifat kerendahan diri agar aku
tidak sombong dan bongkak dalam kehidupan....
Kuatkanlah semangatku dalam menempuh segala cubaanMU...
Berikanlah aku sifat kasih dan redha akan segala perkara...
Peliharalah tingkah-laku dan kata-kata ku agar aku dapat sentiasa
menjaga hati dan perasaan isteriku...





p/s :

Ya ALLAH.. Jadikanlah keluarga kami menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah warohmah... Keluarga yang penuh berkah dan selalu mendapat Rahmat dan Redho-Mu..
Aamiin ya robbal'alamiin.





Tuesday, May 26, 2015

ALam PeRkAhWiNaN ...



Alhamdulillah...
Syukur tidak terhingga kepadaMU ya ilahi...
Kini aku mengecapi apa yang aku hajati dariMU YA ALLAH....


Kini aku bergelar suami kepada SITI AFIFAH BINTI NORDIN...
Memasuki fasa baru dalam sebuah kehidupan...
Aku akan lakukan yang terbaik untuk isteriku...
Walau selepas ini mungkin lebih mendalam cabaran dan dugaan...
Aku akan sentiasa kuat dan tabah mengharungi semua ujianMU ilahi....


Aku ingin mengecapi kebahagiaan dalam rumahtanggaku...
Mungkin selepas ini kita perlu sentiasa banyak bersabar....

Awak....
Saya akan sentiasa ada disisi awak sampai ke nafas akhir saya...
Saya terlalu menyayangi dan mencintai awak....
Saya akan menjaga dan melindungi awak selalu...

Awak...
Saya gembira sangat berada didekat awak....
Awak sumber inspirasi hidup saya...
Awak juga nyawa dan kekuatan semangat saya...

Saya akan jadi suami yang baik untuk awak...
Saya ingin menjadikan awak bidadari syurga kelak...
saya sentiasa doakan kebaikan dunia dan akhirat buat awak....

Semoga ALLAH sentiasa melindungi awak....
Sama-sama kita semai benih indah dalam perkahwinan kita ye awak...
Terima kasih Allah menghadirkan SITI AFIFAH menjadi isteriku...
Egkau segalanya dalam hidupku insan bergelar ISTERI....









Wednesday, August 6, 2014

Horse Farm !!!!


Assalamualikum kawan-kawan semua..
Korang semua apa khabar? Hope semua dalam keadaan baik dan gembira selalu...


Cerita hari ni tentang ladang kuda... hihi..
Ini pertama kali hang out bersama cik tunang selepas pada majlis pertunangan kami...
Petang tu cik tunang ajak pegi makan char keow teow kat kedai abang an...
Sedap char keow teow special kat situ.. Udang pun besar-besar...


Char keow teow dengan sirap limau ais...

Lepas pada makan tu apa lagi saya pun bagi idea kat cik tunang ajak pegi ladang kuda
yang terletak berhampiran pantai malindo di sungai burung... 
Sampai saja kat sana terus menuju ke kaunter...  Bayaran yang dikenakan juga agak 
berpatutan.. Rm3 untuk kanak-kanak dan Rm5 untuk dewasa.. Bagi yang mahu menunggang
kuda akan dikenakan charge Rm20 bagi dewasa dan Rm 10 bagi kanak-kanak....
Alang-alang dah sampai disana teringin juga nak bagi kuda makan... Kami pun beli 
rumput yang berharga Rm5 sebakul... 



 













Suka sangat saya tengok cik tunang hepy petang ni... Dapat main ngan kuda chumil...
Cik tunang suka seekor kuda tu.. Kecik dan jinak... Tengok cik tunang berani ja 
belai kuda tu... hihi... 




Lepas ni plan nak bawa cik tunang pegi zoo taiping plak... InshaAllah ada rezeki bulan depan
kita pegi sana ya cik tunang.... Selesai sudah di ladang kuda ni kami terus gerak pergi 
klinik murni... Cik tunang tak berapa sihat.. 






Cik tunang buat hari-hari saya rasa gembira dan bahagia sangat....
Kalau boleh nak sentiasa ada disisi cik tunang jaa...
Terubat rindu semalam bila dapat bersama cik tunang...
U ALWAYS IN MY HEART MY FUTURE WIFE....


P/S : Agak-agak nanti waktu lepas bersanding nak berarak naik kuda pusing-pusing
okey juga kan... (^_^)








Tuesday, August 5, 2014

Bertunang dan Dugaan !!!!



Selamat pagi semua....
Menanti azan subuh berkumandang... Sempat lagi nak update entri lagi ni...
Dari satu coretan ke coretan yang lain... Aku membaca tentang dugaan dalam pertunangan..
Memang tak disangka mereka yang mengalaminya mengatakan dugaan yang datang lebih hebat..


Dalam satu blog tu aku ada terbaca dari pertunangan ni hanya menanti satu langkah
untuk menuju ke gerbang perkahwinan... Walhal korang semua pun tahu yang perkahwinan
ini amat dibenci sama sekali oleh syaitan laknatullah.... Iyalah perkahwinan ni kan untuk
menghalalkan sesuatu perhubungan itu... Pada tempoh ni lah syaitan dan kuncu-kuncu akan
keluar menyerang dua insan yang bertunang... Kegagalan dalam bertunang akan membuatkan
mereka bersorak kegembiraan... Itukan janji mereka... Kerana perkahwinan ini akan membuat
mereka semakin susah untuk mendekati pasangan ini...


Dari rancangan yang dimanipulasikan oleh syaitan dalam akal fikiran manusia ni lah akan
bermulanya bermacam dugaan... Dari emosi kita hingga ke minda serta jiwa kita akan mereka
cuba kucar kacirkan... Ini semua kerja mereka...


Setiap kali dugaan yang datang sabar dan istifar itulah kunci untuk kita mengelak wasangka
yang tidak elok dari bisikan syaitan...


Semoga Allah memberi perlindungan kepada kami... Jauhilah kami dari bisikan iblis...
Kuatkan hati kami dalam melalui alam pertunangan ini... Hanya ENGKAULAH yang memiliki
hati-hati kami ini YA ALLAH... Andai kami hampir terjatuh kau limpahkan kami kekuatan
untuk kami bangun kembali... Hanya dari-MU Ya ALLAH  hamba memohon pertolongan.. Sesungguhnya hanya engkau yang maha berkuasa lagi maha adil....


Masa tadi baca satu blog tu terjumpa tip menghadapi dugaan bertunang ni..

1) BERFIKIRAN POSITIF

2) BERDOA PADA ALLAH AGAR ANDA DAN PASANGAN TERPELIHARA DARI GODAAN         SYAITAN

3) BERSIKAP TOLENRASI DAN SENTIASA BAWA BERBINCANG

4) CUBA BERSIKAP MENGALAH DAN BERSABAR

5) SETIALAH KEPADA TUNANG ANDA.. JIKA ANDA DIGANGGU OLEH PIHAK KE-3...
INGAT SAAT ANDA DAN TUNANG ANDA BERSAMA... SUKA DAN DUKA BERSAMA...

6) SIAPKAN FIZIKAL DAN MENTAL ANDA... JIKA SALAH SEORANG TERJATUH.. BIMBINGLAH DIA DAN PERTAHANKAN PERHUBUNGAN ANDA...


SEMOGA SAYA DAN MRS. TUNANG DAPAT TEMPUHI DUGAAN INI DENGAN HATI
YANG TABAH...


P/S : SYAITAN AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH SAAT ANAK ADAM INGIN
MENIKAH... MEREKA AKAN CUBA MEROBOHKAN MASJID YANG INGIN DIBINA..
ITULAH KEJAYAAN PALING BESAR BAGI MEREKA...